Loading...
Judul : Kerajaan Menamatkan Perkhidmatan Pegawai Lantikan Politik !
link : Kerajaan Menamatkan Perkhidmatan Pegawai Lantikan Politik !
Kerajaan Menamatkan Perkhidmatan Pegawai Lantikan Politik !
KUALA LUMPUR: Seramai 3,250 orang pegawai lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dari beberapa buah agensi kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata agensi itu membabitkan Jabatan Pembangunan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Koperasi dan Unit Pemantauan dan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan ini adalah antara 17, 942 orang lantikan politik, selain tugasannya sudah selesai serta tiada keperluan untuk diteruskan.
“Sejumlah 3,934 orang pegawai kini menanti kontrak mereka tamat.
“Bagaimanapun, seramai 11,394 orang pegawai pelaksana operasi seperti guru tabika dan taska, pemandu serta pembantu tadbir diteruskan perkhidmatannya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (PH-DAP Iskandar Puteri) di Dewan Rakyat.
Vui Keong berkata, nasib 227 kakitangan kerajaan akan diputuskan oleh agensi manakala selebihnya iaitu 85 orang lagi akan diberi penempatan semula.
“Pegawai yang ditamatkan kontrak akan diberi notis sebulan manakala pekerja akan dibayar sebulan gaji jika notis diberi kurang dari tempoh itu, berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2008,” katanya.
Kit Siang memohon penjelasan mengenai status pelucutan pelantikan politik selepas perubahan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Menamatkan Perkhidmatan Pegawai Lantikan Politik !
Sekianlah artikel Kerajaan Menamatkan Perkhidmatan Pegawai Lantikan Politik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Menamatkan Perkhidmatan Pegawai Lantikan Politik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kerajaan-menamatkan-perkhidmatan.html

0 Response to "Kerajaan Menamatkan Perkhidmatan Pegawai Lantikan Politik !"
Catat Ulasan