Loading...
Judul : Kementerian Azmin Nafi Rampas Kuasa Kementerian Guan Eng
link : Kementerian Azmin Nafi Rampas Kuasa Kementerian Guan Eng
Kementerian Azmin Nafi Rampas Kuasa Kementerian Guan Eng
KUALA LUMPUR: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) hari ini menjelaskan ia hanya menyerap agensi bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan menafikan dakwaan ia merampas sebahagian besar kuasa Kementerian Kewangan (MOF).
MEA diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali manakala MOF diketuai Lim Guan Eng.
MEA berkata agensi utama yang diserap ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang sebelum ini bawah tanggungjawab JPM.
Agensi dan jabatan lain yang diletakkan bawah kawalan dan seliaan kementerian adalah berkaitan ekonomi dan dahulunya bawah tanggungjawab JPM.
“Maka tidak timbul soal mana-mana kementerian mengambil alih bidang kuasa kementerian lain seperti yang ingin dibangkitkan,” kata kementerian dalam jawatan bertulis kepada Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di Dewan Rakyat.
Wee bertanyakan bagaimana MEA mengatasi masalah pertindihan kuasa selepas ia mengambil alih banyak tanggungjawab MOF.
MEA berkata terdapat perbezaan antara pegangan saham syarikat oleh kerajaan dan pengurusan syarikat dan agensi.
Kementerian berkata terdapat 68 syarikat di mana Menteri Kewangan (Diperbadankan) adalah pemegang saham majoriti secara langsung namun tidak semua pengurusan syarikat bawah seliaan MOF.
“Sebagai contoh, Institut Jantung Negara Holdings Sdn Bhd satu daripada syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) tetapi dikawalselia Kementerian Kesihatan,” katanya.
“Perdana menteri sedang memperhalusi peranan, fungsi dan kedudukan jabatan, agensi dan syarikat bawah kawalan dan seliaan pelbagai kementerian untuk tujuan penyelarasan dan mengoptimakan keberkesanan dalam melaksanakan dasar kerajaan.” #sumber
Demikianlah Artikel Kementerian Azmin Nafi Rampas Kuasa Kementerian Guan Eng
Sekianlah artikel Kementerian Azmin Nafi Rampas Kuasa Kementerian Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian Azmin Nafi Rampas Kuasa Kementerian Guan Eng dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/kementerian-azmin-nafi-rampas-kuasa.html

0 Response to "Kementerian Azmin Nafi Rampas Kuasa Kementerian Guan Eng"
Catat Ulasan