Loading...
Judul : Tuan Ibrahim Tegur Menteri, Timbalan Menteri PH 'Hilang' Lagi
link : Tuan Ibrahim Tegur Menteri, Timbalan Menteri PH 'Hilang' Lagi
Tuan Ibrahim Tegur Menteri, Timbalan Menteri PH 'Hilang' Lagi
Wakil rakyat PAS ketika itu sedang membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018.
“Saya ambil kesempatan dan berbicara dan ambil bahagian. Soal yang kita hendak bincang hari ini dalam situasi tidak ada seorang menteri dan timbalan menteri. Hanya tinggal seorang sahaja di depan ini,” katanya di Dewan Rakyat.
Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkongsi gambar yang diambil sekitar 4.20 petang tadi memaparkan seorang timbalan menteri di blok kanan.
“Kita harap apa yang kita bangkitkan di sini diberikan perhatian serius, kerana ia adalah perkara besar. Ia adalah peruntukan besar yang perlu kita luluskan bersama petang ini,” kata Tuan Ibrahim.
Minggu ini merupakan minggu terakhir mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14. Sebelum ini, Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) pernah membangkitkan perkara sama pada awal sesi Dewan Rakyat.
“Jam 4.00 petang, sidang hari ini tamat 5.30 petang. Mana pergi menteri dan timbalan menteri kerajaan PH,” kata Ahmad di Twitter. #sumber
Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim Tegur Menteri, Timbalan Menteri PH 'Hilang' Lagi
Sekianlah artikel Tuan Ibrahim Tegur Menteri, Timbalan Menteri PH 'Hilang' Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim Tegur Menteri, Timbalan Menteri PH 'Hilang' Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/tuan-ibrahim-tegur-menteri-timbalan.html
0 Response to "Tuan Ibrahim Tegur Menteri, Timbalan Menteri PH 'Hilang' Lagi"
Catat Ulasan