Loading...

Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman !

Loading...
Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman !
link : Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman !

Baca juga


Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman !


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memanggil dan berbincang dengan penduduk Bukit Koman bagi menyelesai dan menjelaskan isu penggunaan sianida dalam kegiatan perlombongan emas di kawasan itu yang dibangkitkan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata terdapat salah faham yang berlaku dalam kenyataan yang dikeluarkan Menterinya, Xavier Jayakumar minggu lalu berhubung perkara itu.

“Sebenarnya apa yang diberitahu dan dijawab oleh menteri adalah berdasarkan kepada standard antarabangsa penggunaan sianida dalam perlombongan emas di Malaysia mahupun luar negara.

“Ia kembali hangat bila YB Lipis tanya adakah sianida ini berbahaya dan menyebabkan penyakit kulit yang berlaku di Bukit Koman.

“Jadi apa yang menteri jawab ketika itu secara umum, maksudnya ia berdasarkan pada kenyataan yang dibolehkan untuk ‘world standard’ 0.2 ppm, maknanya tanpa mudarat.

“Sebenarnya tiada kaitan dengan apa yang berlaku di Bukit Koman,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ahli parlimen Raub itu menambah, disebabkan perkara itu diviralkan dan dimanipulasikan oleh orang tertentu, beliau akan menjemput kumpulan hijau atau sianida esok atau lusa untuk mereka datang jumpa dengan menteri untuk nyatakan apa yang mereka tidak puas hati.

“Kalau perlu kita akan lakukan sekali lagi pengujian di kawasan Bukit Koman itu sendiri,” katanya.

Lombong emas itu menjadi punca pertikaian dalam kalangan penduduk Kampung Baru Bukit Koman sejak syarikat Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) memulakan operasi pada 2007.

Penduduk di situ mendakwa penggunaan bahan tersebut menjejaskan kesihatan mereka seperti berlakunya masalah kulit, mata dan kesukaran bernafas.

Xavier ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Lipis Abdul Rahman Mohamad di Dewan Rakyat minggu lalu berkata, tiada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan sianida dalam kegiatan perlombongan di Bukit Koman itu.

“Terdapat peraturan yang ketat. Sianida disimpan di dalam kolam. Ianya mahal dan digunakan semula oleh pelombong. Terdapat juga penguatkuasaan yang ketat,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman !

Sekianlah artikel Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/sianida-kerajaan-akan-jumpa-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sianida: Kerajaan Akan Jumpa Dengan Penduduk Bukit Koman !"

Catat Ulasan

Loading...