Loading...

Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM !

Loading...
Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM !
link : Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM !

Baca juga


Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM !


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar pihak yang menuduh beliau dan Ketua Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berusaha menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri ke-8, mengemukakan bukti.

Perdana menteri juga menyifatkan perkara berkenaan sebagai satu “tuduhan yang baik”.

“Saya rasa individu berkenaan patut mengemukakan bukti. Saya tak pernah bercakap dengan sesiapa mengenai perkara ini.

“Saya mahu menjauhkan diri. Tidak ada kepentingan saya melakukan perkara dalaman parti lain,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Kompleks Perdana Putra.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani menamakan Daim antara individu yang berusaha menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri seperti dipersetujui dalam perjanjian bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum, Mei lepas.

Katanya, beliau berpandukan kepada kenyataan Daim yang mencerminkan “campur tangan cukup luar biasa” yang memberi isyarat kepada usaha memperlengahkan peralihan kuasa atau memperlekehkan Anwar.

Terdahulu Abdullah dilaporkan mendakwa Anwar akan berdepan masalah mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir jika Rafizi Ramli gagal menewaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan timbalan presiden pada pemilihan akan datang. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM !

Sekianlah artikel Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/tun-mahathir-cabar-kemuka-bukti-beliau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Mahathir Cabar Kemuka Bukti Beliau Sekat Anwar Jadi PM !"

Catat Ulasan

Loading...