Loading...

Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan

Loading...
Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan
link : Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan

Baca juga


Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan


KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya kerajaan PH tidak akan mempertahankan Institusi Raja adalah satu pembohongan dibuat pembangkang, kata Menteri Wilayah Abdul Khalid Samad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata kerajaan tidak sesekali akan bertindak demikian dan menurutnya dakwaan pembangkang itu hanyalah tuduhan bagi meraih sokongan rakyat.

"Saya difahamkan pada 1 Sept lepas ada satu program politik di Perak yang mahu membela nasib Melayu dan Islam. Mereka tuduh kerajaan PH ingin jatuhkan dan hapuskan Sistem Raja Berperlembagaan serta jadikan Malaysia sebuah republik.

“Saya tegaskan ia pembohongan untuk melagakan rakyat. Pembangkang terdesak dan tiada isu, hanya gunakan isu kaum dan agama. Saya nak ingatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya tidak tertipu dengan mainan politik seperti ini," katanya dalam sidang media di Menara DBKL di sini hari ini.

Khalid kemudiannya merasmikan acara pelancaran dan penyerahan 5,000 pelekat 'Daulat Tuanku' daripada Pertubuhan Warisan Negara untuk edaran kepada orang ramai sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 9 September ini.

Pengarah Komunikasi parti Amanah itu berkata sebaliknya kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang sebenarnya mengabaikan kepentingan dan kedudukan Institusi Raja.

"Sebelum ini, BN yang mengetepikan surat rasmi Raja-Raja Melayu yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung isu 1MDB dan kuasa pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong di dalam Majlis Keselamatan Negara," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengumumkan DBKL akan memberi diskaun 70 peratus daripada jumlah kompauan tertunggak dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan trafik DBKL berkuat kuasa 1 Sept selama sebulan.

Khalid berkata kutipan sebenar pesalah-pesalah trafik DBKL yang  direkodkan sejak 2014 sehingga Ogos tahun ini mencecah RM924 juta sekiranya tidak diberikan diskaun.

Kerajaan menyasarkan pulangan kutipan keseluruhan menerusi diskaun diberikan itu berjumlah RM100 juta berbanding kutipan sebenar, katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan

Sekianlah artikel Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/dakwaan-kerajaan-ph-abai-institusi-raja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan Kerajaan PH Abai Institusi Raja, Hanya Pembohongan"

Catat Ulasan

Loading...