Loading...

Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri

Loading...
Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri
link : Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri

Baca juga


Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri


SHAH ALAM - PAS menyifatkan Tommy Thomas wajar undur diri sebagai Peguam Negara ekoran keputusan menarik balik pendakwaan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung kes rasuah pembelian sebuah banglo.

Naib Presidennya, Idris Ahmad, berkata, keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk tidak meneruskan  pendakwaan tersebut dilihat sebagai satu keputusan berkepentingan.

"Seperti mana diketahui ramai dan dilaporkan di media, Tommy merupakan salah seorang peguam terlibat dalam sebahagian daripada kes tersebut sebelum dilantik sebagai Peguam Negara.

"Walaupun yang kendalikan kes ini adalah peguamcara negara, Tommy adalah pegawai tertinggi JPN dan pegawai atasan kepada peguamcara negara. Sebagai seorang yang disebut mempunyai integriti yang tinggi dalam bidang perundangan, tiba-tiba kes seperti ini terpalit padanya," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau menegaskan SPRM juga perlu mendapatkan kebebasan dalam menyiasat dan mendakwa sebarang kes rasuah di negara ini.

"Agak mendukacitakan apabila SPRM mengeluarkan kenyataan terkejut dengan keputusan JPN pada hari yang sama seolah-olah keputusan tersebut bercanggah dengan siasatan dan saranan SPRM bagi kes ini.

"Pas berharap prinsip kedaulatan undang-undang dan layanan adil melalui sistem kehakiman bagi semua individu ditegakkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui tindakan dan bukan sekadar janji retorik politik,"katanya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan Guan Eng, daripada dua tuduhan rasuah selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membebas dan melepaskan Guan Eng daripada tuduhan itu atas alasan pihak pendakwa menarik balik tuduhan padanya dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Mereka dituduh ekoran urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, bawah harga pasaran semasa. #sumber


Demikianlah Artikel Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri

Sekianlah artikel Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/gugurkan-kes-guan-eng-pas-gesa-tommy.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gugurkan Kes Guan Eng, PAS Gesa Tommy Thomas Undur Diri"

Catat Ulasan

Loading...