Loading...

Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi !

Loading...
Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi !
link : Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi !

Baca juga


Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi !


TEMERLOH - Pekebun di Pahang digalakkan menjadikan tanaman limau kasturi sebagai salah satu produk utama mereka ekoran permintaannya yang tinggi dalam pasaran kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Menurutnya, penanaman limau kasturi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sini juga setakat ini hanya menghasilkan 700 tan metrik sedangkan terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pengeluaran jus limau kasturi.

"Kilang memproses limau di sini mendapat permintaan untuk menghasilkan sehingga 400 tan metrik jus limau kasturi dalam tempoh setahun yang bersamaan dengan 1,200 tan metrik buah. 

"Buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pemprosesan limau kasturi TKPM di sini, hari ini yang turut disertai Pengarah Pertanian Pahang Zahimi Hassan.

Sementara itu Mohd Soffi berkata TKPM yang terkenal dengan pengeluaran nangka madu dan rebung madu itu juga sehingga kini telah menghasilkan pendapatan RM82 juta dalam tempoh 14 tahun sejak mula di tubuhkan pada tahun 2004. 

Beliau menambah kerajaan negeri juga merancang untuk memecahkan 515 hektar tanah pertanian TKPM kepada beberapa lot tanah dengan setiap satunya mempunyai keluasan sekitar 20 hektar bagi memberi lebih banyak peluang kepada usahawan dan pekebun kecil. 

"Kerajaan negeri akan memohon bantuan peruntukan kira-kira RM2 juta daripada kerajaan Pusat bagi tujuan ini dan jika semuanya mengikut perancangan, kita mahu jalan ladang sedia ada dinaik taraf kepada jalan negeri," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi !

Sekianlah artikel Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/exco-galakkan-pekebun-kecil-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Exco Galakkan Pekebun Kecil Di Pahang, Tanam Limau Kasturi !"

Catat Ulasan

Loading...