Loading...
Judul : Larangan Letak Kenderaan Bahu Jalan Di Cameron Highlands !
link : Larangan Letak Kenderaan Bahu Jalan Di Cameron Highlands !
Larangan Letak Kenderaan Bahu Jalan Di Cameron Highlands !
IPOH- Polis menasihati orang ramai yang mahu bercuti di sini supaya tidak meletak kenderaan di kawasan larangan terutama di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan teruk sempena sambutan Hari Malaysia, hujung minggu ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Ashari Abu Samah berkata pusat peranginan itu dijangka mengalami peningkatan kenderaan berganda selepas kesesakan teruk pada cuti panjang hujung minggu lepas dengan anggaran 30,000 kenderaan dan hampir 100,000 pengunjung.
Beliau berkata lokasi yang dijangka terlibat adalah di sekitar kawasan Kea Farm, Brinchang serta Tanah Rata yang juga kawasan tumpuan pelancong.
"Penunggang motosikal atau pemandu kenderaan dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan berwaspada, memerhatikan dengan cermat pengguna jalan raya lain serta tidak menjadi punca berlakunya kesesakan dan mengelak kemungkinan terlibat kemalangan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata pihaknya telah menambah anggota bertugas bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik di sekitar pusat peranginan, selain akan menjalankan penguatkuasaan sepenuhnya dengan toleransi sifar atas setiap kesalahan lalu lintas. #sumber
Demikianlah Artikel Larangan Letak Kenderaan Bahu Jalan Di Cameron Highlands !
Sekianlah artikel Larangan Letak Kenderaan Bahu Jalan Di Cameron Highlands ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Larangan Letak Kenderaan Bahu Jalan Di Cameron Highlands ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/larangan-letak-kenderaan-bahu-jalan-di.html

0 Response to "Larangan Letak Kenderaan Bahu Jalan Di Cameron Highlands !"
Catat Ulasan