Loading...
Judul : Dua Suspek Bunuh Kucing Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu
link : Dua Suspek Bunuh Kucing Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu
Dua Suspek Bunuh Kucing Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua daripada tiga lelaki berkenaan telah ditahan awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
"Kedua-dua suspek tersebut ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Gombak hasil daripada risikan yang dilakukan serta maklumat orang awam.
"Pihak polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang masih bebas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan dibawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular satu rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam dua individu yang membunuh seekor kucing bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin mengering pakaian di sebuah pusat dobi layan diri di Taman Gombak Ria di sini.
Perbuatan kejam tersebut seterusnya tersebar di lama media sosial dan menerima kecaman daripada masyarakat sebelum sebuah pertubuhan bukan kerajaan bertindak membuat laporan kepada pihak polis. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Suspek Bunuh Kucing Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu
Sekianlah artikel Dua Suspek Bunuh Kucing Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Suspek Bunuh Kucing Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/dua-suspek-bunuh-kucing-ditahan-seorang.html

0 Response to "Dua Suspek Bunuh Kucing Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu"
Catat Ulasan