Loading...

Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu !

Loading...
Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu !
link : Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu !

Baca juga


Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu !


KUALA NERUS - Pas sukar untuk mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu dengan lebih maju dan pesat berikutan kebanyakan aspek ekonomi perlu mendapat kelulusan kerajaan Pusat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kekangan kita khususnya dari segi bidang kuasa melaksanakan syariah Islam termasuk dalam aspek ekonomi. Kerajaan Negeri tidak boleh tubuh bank, itu di bawah kuasa Pusat. 

"Jika ingin membawa masuk pelaburan asing ke Terengganu dan Kelantan perlu mendapat kelulusan kerajaan Pusat. Itu antara kekangan kami," katanya selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sempena Muktamar Pas ke-64 di sini hari ini.

Jelasnya, bidang kuasa negeri lebih kepada perihal berkaitan pentabdiran negeri seperti menguruskan masjid, harta pusaka, tanah wakaf, pendidikan agama dan hal tanah.

Justeru, Abdul Hadi berharap agar kerajaan Pusat lebih terbuka dan memberikan banyak ruang bagi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dalam memajukan negeri-negeri berkenaan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal bulan ini dilaporkan berkata kerajaan negeri Kelantan tidak boleh ditadbir tanpa bantuan daripada kerajaan Persekutuan.

Katanya, walaupun kebanyakan penduduknya bijak pandai dan cekap dalam tugasan pentadbiran kerajaan, namun negeri itu menjadi miskin kerana kekurangan kutipan cukai dan segala-galanya sekaligus hal ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi. #sumber


Demikianlah Artikel Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu !

Sekianlah artikel Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/hadi-awang-akui-pas-sukar-tadbir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hadi Awang Akui PAS Sukar Tadbir Kelantan Dan Terengganu !"

Catat Ulasan

Loading...