Loading...
Judul : Fuziah: Malaysia Bertegas Tidak Benarkan Perkahwinan Sejenis
link : Fuziah: Malaysia Bertegas Tidak Benarkan Perkahwinan Sejenis
Fuziah: Malaysia Bertegas Tidak Benarkan Perkahwinan Sejenis
LABUAN - Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, mempunyai sistem perundangan sendiri yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis di kalangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
"Saya amat bersetuju dengan kenyataan perdana menteri mengenai LGBT, memang menjadi pendirian kita yang tidak bersetuju dengan perilaku LGBT untuk diterima ke dalam komuniti Malaysia," katanya pada majlis bersama Wanita PKR di HMD Villa, Kg Lubok Temiang di sini pada Sabtu malam.
Beliau berkata meskipun kerajaan tidak membenarkan apa-apa amalan dan budaya perkahwinan sejenis, golongan ini tidak boleh didiskriminasi atau dipinggirkan.
"Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup sendiri ... kita perlu mengambil dua pendekatan untuk menangani isu ini, satu daripadanyanya adalah pencegahan, dan satu lagi, apabila mereka terjebak di dalamnya, kita pulihkan mereka," kata Fuziah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan apabila kerajaan 'menghulurkan tangan' untuk memulihkan mereka, itu bukanlah bermakna pengiktirafan terhadap budaya dan perilaku LGBT. #sumber
Demikianlah Artikel Fuziah: Malaysia Bertegas Tidak Benarkan Perkahwinan Sejenis
Sekianlah artikel Fuziah: Malaysia Bertegas Tidak Benarkan Perkahwinan Sejenis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fuziah: Malaysia Bertegas Tidak Benarkan Perkahwinan Sejenis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/fuziah-malaysia-bertegas-tidak-benarkan.html
0 Response to "Fuziah: Malaysia Bertegas Tidak Benarkan Perkahwinan Sejenis"
Catat Ulasan