Loading...
Judul : Polis Menahan Pemandu Lori Dan Rampas Lebih 1 Juta Pil Kuda
link : Polis Menahan Pemandu Lori Dan Rampas Lebih 1 Juta Pil Kuda
Polis Menahan Pemandu Lori Dan Rampas Lebih 1 Juta Pil Kuda
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hasaan berkata rampasan berkenaan adalah yang terbesar dilakukan polis Kelantan pada tahun ini membabitkan pil jenis berkenaan.
Beliau berkata seorang pemandu lori berusia 31 tahun yang juga dipercayai penjaga stor rumah berkenaan turut ditahan dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi itu.
“Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lima guni mengandungi 197 bungkusan berisi pil disyaki pil kuda.
"Lelaki yang ditahan itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod lampau berkaitan dadah dan negatif ujian air kencing,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Hasanuddin berkata siasatan yang dijalankan mendapati aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan sudah bermula sejak Ogos tahun lalu dan kawasan pengedaran adalah sekitar Rantau Panjang dan Kota Bharu.
Beliau berkata lelaki berkenaan direman tujuh hari bermula Khamis (20 sept) hingga Rabu (26 Sept) ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Polis juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti sindiket-sindiket yang terlibat dalam pengedaran dadah di negeri ini," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Menahan Pemandu Lori Dan Rampas Lebih 1 Juta Pil Kuda
Sekianlah artikel Polis Menahan Pemandu Lori Dan Rampas Lebih 1 Juta Pil Kuda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Menahan Pemandu Lori Dan Rampas Lebih 1 Juta Pil Kuda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/polis-menahan-pemandu-lori-dan-rampas.html
0 Response to "Polis Menahan Pemandu Lori Dan Rampas Lebih 1 Juta Pil Kuda"
Catat Ulasan