Loading...

Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam

Loading...
Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam
link : Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam

Baca juga


Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa pertuduhan terhadap peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini sebagai satu tindakan untuk menafikan haknya mendapatkan perbicaraan yang adil.

Katanya, pertuduhan terhadap Muhammad Shafee mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 boleh dilihat sebagai satu cubaan untuk menakutkan atau menghalang peguam lain daripada mewakilinya.

“Membuat dakwaan terhadap Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.

“Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Najib turut mempertikaikan pemilihan masa kerajaan dalam mengheret Muhammad Shafee ke mahkamah.

Katanya, tindakan itu adalah mengejutkan kerana peguam berkenaan masih belum diambil keterangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau berpeluang untuk memberi bukti dokumen berkaitan.

“Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Shafee dituduh di mahkamah,” katanya.

Najib berkata lagi, sumbangan politik yang diterima secara terus daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi sebelum ini adalah sumber yang dibayar untuk khidmat Shafee.

“Berdasarkan maklumat yang didedahkan sebelum ini melalui paparan beberapa dokumen, saya menerima sumbangan politik dalam jumlah yang besar secara terus daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab Saudi yang bertindak mewakili Raja Abdullah.

“Wang dari sumber ini yang dibayar untuk khidmat Shafee yang menjalankan tugas guaman mewakili parti dalam pelbagai kes selama bertahun-tahun.

“Peguam berkhidmat dengan yuran dan mereka berhak menerima pembayaran atas khidmat yang sudah disempurnakan,” katanya.

Beliau berkata, pertuduhan ke atas Muhammad Shafee juga disifatkan sebagai kontroversi ketika Peguam Negara, Tommy Thomas baru saja menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di mana ia adalah kes yang sedang melalui perbicaraan.

“Lebih 12 pertuduhan lagi terhadap pemimpin politik Pakatan Harapan (PH) dan yang berkaitan dengan mereka turut digugurkan dalam tempoh beberapa bulan ini,” katanya.

Shafee adalah antara peguam utama yang mengetuai barisan tujuh peguam bela yang mewakili Najib ketika bekas Presiden UMNO itu didakwa pada 4 Julai lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd. #sumber


Demikianlah Artikel Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam

Sekianlah artikel Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/najib-dakwaan-terhadap-shafee-cubaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib: Dakwaan Terhadap Shafee, Cubaan Menakutkan Peguam"

Catat Ulasan

Loading...