Loading...

Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal

Loading...
Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal
link : Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal

Baca juga


Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal


KUALA LUMPUR: Balu dan empat anak kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang meninggal dalam nahas helikopter tiga tahun lalu, akan mengemukakan bantahan awal untuk membatalkan permohonan dibuat ibu bekas Ahli Parlimen Rompin itu bagi mendapatkan sijil faraid berhubung pembahagian harta yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili ibu Jamaludin, Aminah Abdullah, 84, selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Siti Zulaiha Mohamad Mansor.

Menurut Kamar Ainiah, bagi permohonan itu, isteri Jamaludin, Puan Sri Dr Kalsom Ismail, 62, diwakili peguam syarie Datuk Shamsuriah Sulaiman.

Sementara itu, empat anak Jamaludin iaitu Ikhwan Hafiz, 31; Nur Anis, 33; Nurul Alyaa, 27, dan Noor Adilla, 23, pula di wakili peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman.

Kamar Ainiah turut memaklumkan bahawa mahkamah membenarkan permohonan Kalsom dan empat anaknya untuk menjadi pencelah dalam permohonan berkenaan.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 15 Oktober ini untuk pengurusan kes.

Pada 2 Mac lalu, Aminah memfailkan permohonan untuk mendapatkan sijil faraid ke atas harta pusaka milik anaknya mengikut Seksyen 46 (ix) Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Antara harta yang perlu di masukkan di dalam senarai untuk difaraid adalah lebih 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Makkah serta syarikat milik Jamaludin.

Aminah yang berkerusi roda hadir ke mahkamah ditemani adik lelaki Jamaludin iaitu Mohamad Najeb Ali.

Jamaludin terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015.

Selain Jamaludin, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias adalah antara enam orang yang terbunuh dalam kejadian itu.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

Semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis kenduri kahwin anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Helikopter itu dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang. #sumber


Demikianlah Artikel Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal

Sekianlah artikel Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/pusaka-rm2-bilion-balu-anak-jj-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pusaka RM2 Bilion: Balu, Anak JJ Akan Kemuka Bantahan Awal"

Catat Ulasan

Loading...