Loading...

Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011

Loading...
Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011
link : Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011

Baca juga


Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mendedahkan butiran bagaimana beliau menerima AS$100 juta yang disumbangkan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi, 7 tahun lalu.
Bekas perdana menteri itu berkata, pendedahan itu bagi membersihkan namanya daripada pelbagai tuduhan dan fitnah mendakwanya mengubah wang haram.
Beliau berkata, Raja Abdullah bersetuju menyokong Barisan Nasional pimpinannya sejurus selepas Kebangkitan Arab atau “Arab Spring” pada lewat 2010, tetapi beliau tidak mahu sumbangan itu didedahkan.
“Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia.
“Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan,” tulisnya di Facebooknya malam ini.
Beliau turut memuat naik beberapa gambar mengenai dokumen bank berhubung sumbangan itu.
Satu daripada dokumen itu ialah surat dari pejabat peribadi Saud Abdulaziz Majid al-Saud meluluskan AS$100 juta kepada Najib yang mempunyai “budi bicara penuh untuk menentukan cara hadiah itu digunakan” bagi “mempromosikan Islam untuk terus berkembang”.
Najib berkata, ini ialah surat pertama daripada beberapa surat mengesahkan sumbangan sedemikian daripada Saudi untuk beberapa tahun berikutnya.
“Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis kepada saya memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan AS$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi 2011.
“Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi 2011 menunjukkan AS$20 juta dipindahkan daripada akaun Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud dan AS$80 juta dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya.
“Sebab itu, Kementerian Luar Arab Saudi sudah 2 kali mengesahkan secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya tanpa sebarang syarat terhadapnya.”
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau dan peguamnya mengambil masa agak lama untuk memperolehi sebahagian besar dokumen itu daripada bank dan pihak berkuasa turut mempunyai dokumen sama.
Katanya, sebahagian besar dana yang diterimanya digunakan untuk tujuan politik BN.
“Sebagai contoh, saya telah berikan dana ini kepada Umno Johor bagi membeli beberapa van. Malangnya, kerajaan PH baru-baru ini telah menyita van-van ini.”
Beliau turut menyentuh keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) disokong Saudi.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa apabila Saudi enggan mengulas sama ada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya adalah sumbangan mereka.
“Sebulan kemudian, kerajaan PH menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur.”
Bekas menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan penubuhan KSCIP dengan berkata, ia penting untuk mengekang penyebaran ideologi ekstremisme dan militan, termasuk IS.
Pengkritik bagaimanapun mempersoalkan kerjasama Malaysia dengan Riyadh untuk memerangi keganasan, menonjolkan peranan ketenteraan dan ideologi Saudi di seluruh dunia, walaupun doktrin rasmi Wahhabisme yang dikatakan menjadi ilham ideologi IS.
Najib berkata, beliau akan bercakap mengenai RM2.6 bilion dan puncanya tidak lama lagi.
“Pada status FB akan datang atau melalui temuramah dengan media di mana saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci sambil menunjukkan bukti, saya juga akan menjelaskan mengenai sumbangan yang saya terima bagi tahun-tahun selepas 2011 – termasuk isu RM2.6 bilion.”
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, tiada bukti untuk tidak mengesahkan atau menafikan RM2.6 bilion itu berasal dari Arab Saudi.
Sumbangan itu yang pertama kali dilaporkan The Wall Street Journal kira-kira 3 tahun lalu, menimbulkan tanda tanya berhubung peranan Najib dalam penyelewengan dana 1MDB. #sumber


Demikianlah Artikel Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011

Sekianlah artikel Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/najib-dedah-butiran-sumbangan-as100.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Dedah Butiran Sumbangan AS$100 Juta Dari Saudi Pada 2011"

Catat Ulasan

Loading...