Loading...

Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap?

Loading...
Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap?
link : Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap?

Baca juga


Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap?


KUALA LUMPUR ~ Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa Rafizi Ramli cuba merancang pilihan raya kecil untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rahsia.
Beliau berkata ia bertentangan dengan apa yang sering disuarakan Rafizi sebelum ini tentang keperluan untuk Pakatan Harapan bersikap terbuka dan mengutamakan konsensus.
"Sebelum ini anda tak habis-habis bercakap tentang keterbukaan, ketelusan dan kebenaran. Tapi kini boleh pula mendakwa beberapa orang terpilih boleh membuat keputusan besar untuk parti tanpa berunding dengan orang lain dalam kepimpinan.
"Ini parti demokratik atau kongsi gelap?" katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.
Dalam satu program di Kota Bharu Jumaat lalu, Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata seorang anggota parlimen parti itu akan meletakkan jawatan minggu ini bagi memberi laluankepada Anwar untuk kembali ke Parlimen.
Susulan itu, Chua mengkritik Rafizi kerana membuat dakwaan itu memandangkan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh pimpinan PKR.
Semalam, Rafizi dilaporkan berkata sebahagian "keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua orang dan hanya diselesaikan dengan beberapa orang di kalangan kita", mencetuskan bidasan daripada Tian Chua hari ini.
Hari ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail - yang dilihat sebagai dekat dengan Rafizi - berkata kawasan yang akan ditandingi Anwar akan diumumkan Rabu ini.
Tian Chua juga membangkitkan semula tindakan Rafizi mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat keputusan secara sepihak.
"Bukankah ini orang sama yang mengkritik perdana menteri kerana buat keputusan sepihak dalam pelantikan kabinet dan dasar tanpa berudning dengan pimpinan Pakatan Harapan?" soalnya. #sumber


Demikianlah Artikel Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap?

Sekianlah artikel Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/tian-chua-balas-tindakan-rafizi-pkr.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tian Chua Balas Tindakan Rafizi, PKR Sudah Jadi Kongsi Gelap?"

Catat Ulasan

Loading...