Loading...
Judul : Nazri: UMNO Pahang Kena Contohi Kerajaan PAS Di Kelantan !
link : Nazri: UMNO Pahang Kena Contohi Kerajaan PAS Di Kelantan !
Nazri: UMNO Pahang Kena Contohi Kerajaan PAS Di Kelantan !
JERANTUT - UMNO perlu mencontohi kepimpinan Kerajaan PAS Kelantan yang kekal berjuang hingga berjaya kekal mentadbir negeri itu sehingga kini.
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, kepimpinan parti tersebut juga turut berjaya menarik sokongan pelbagai kaum lain.
"Ini dapat dilihat ketika kita sama-sama berkempen pada tiga PRK sebelum ini sehingga mampu kurangkan majoriti pengundi biarpun kemenangan masih berpihak kepada PH," jelasnya.
Beliau berkata sedemikian selepas perasmian Cabaran Senaman Kecergasan Dua Jam Tanpa Henti, kelmarin.
Program anjuran Puteri UMNO Bahagian itu dan Aerostyle Fit Studio disertai 210 peserta dari seluruh Pahang.
Sementara itu mengulas tindakan beberapa pemimpin Umno meninggalkan parti tersebut, Nazri menyifatkan ahli-ahli di peringkat akar umbi lebih setia.
Ujarnya, tindakan keluar parti itu seolah-olah perjuangan mereka sebelum ini hanya untuk kepentingan peribadi sahaja.
"Semasa mereka dalam kerajaan BN, mereka bertungkus lumus buat kerja, tetapi mereka lari apabila kita tewas kepada PH," katanya.
Menurutnya lagi, beliau telah menasihati kepimpinan dan ahli Umno Bahagian agar terus setia bersama parti itu. #sumber
Demikianlah Artikel Nazri: UMNO Pahang Kena Contohi Kerajaan PAS Di Kelantan !
Sekianlah artikel Nazri: UMNO Pahang Kena Contohi Kerajaan PAS Di Kelantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nazri: UMNO Pahang Kena Contohi Kerajaan PAS Di Kelantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/nazri-umno-pahang-kena-contohi-kerajaan.html
0 Response to "Nazri: UMNO Pahang Kena Contohi Kerajaan PAS Di Kelantan !"
Catat Ulasan