Loading...

Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan !

Loading...
Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan !
link : Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan !

Baca juga


Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan !


KUANTAN - Pahang tidak bercadang untuk mengubah had umur perkahwinan sedia ada di negeri ini seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata ini kerana kes perkahwinan bawah umur di Pahang terlalu kecil dan bukan isu.

“Buat masa kini, Pahang masih mengguna pakai had umur minimum perkahwinan di bawah Enakmen  Undang-undang Keluarga Islam 2005 Negeri Pahang. Belum ada cadangan untuk mengubahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang Mohd Zafri Hamzah.

Shahaniza menyarankan kerajaan pusat supaya memperkemaskan kembali proses perkahwinan kanak-kanak di bawah umur seiring dengan cadangan untuk mengubah peraturan dan undang-undang berkenaan perkara itu.

“Kami bukan nak menggalakkan perkahwinan bawah umur tetapi proses ini perlu diperkemaskan sekiranya ada kes-kes tertentu yang membenarkan perkahwinan ini berlaku.

“Proses ini termasuklah melibatkan laporan terperinci pegawai kaunseling daripada pihak terlibat seperti JKM dan juga laporan perubatan sebelum perkahwinan dijalankan.

“Ini bagi memastikan anak-anak ini tidak dipergunakan oleh orang tertentu kerana dengan umur sedemikian mereka masih tidak boleh membuat keputusan sendiri,” katanya.

Selain itu, katanya satu kajian yang bersesuaian juga perlu dilakukan memandangkan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak pada masa kini tidak lagi seperti dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini mencadangkan agar had usia minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun, bagi melindungi kesihatan, keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini.

Bagaimanapun Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berpendapat had umur minimum perkahwinan perlu diturunkan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki dengan alasan anak-anak kini lebih matang dan terdedah dengan soal seks. #sumber


Demikianlah Artikel Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan !

Sekianlah artikel Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/pahang-tiada-cadangan-untuk-ubah-had.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang Tiada Cadangan Untuk Ubah Had Umur Perkahwinan !"

Catat Ulasan

Loading...