Loading...

Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam

Loading...
Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam
link : Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam

Baca juga


Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam


KUANTAN – Penjawat awam di negeri ini perlu mempermudahkan urusan orang ramai setiap kali mereka berurusan dengan jabatan kerajaan bagi mengelak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail apabila perkara itu diamalkan, secara langsung peluang melakukan penyelewengan, salah guna kuasa akan berkurangan dan mampu meningkatkan tahap integritri

“Contohnya, Pihak Berkuasa Tempatan, apabila orang minta lesen nak buka kedai runcit, satu hari kelulusan sudah mencukupi. Tak payah nak tunggu lama dengan syarat yang macam-macam, itu boleh menimbulkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Seminar Pemerkasaan Integriti Negeri Pahang kepada penjawat awam negeri di sini, hari ini.


Sementara itu, Ketua Penyelaras Program Kordinasi dan Pematuhan Institut Integriti Malaysia Hamily Sham Harun berkata, berdasarkan kajian perspektif Integriti nasional oleh Institut Integriti Malaysia menunjukkan penyediaan perkhidmatan awam di negara ini berada pada paras yang baik.

“Setiap tahun kita ada melakukan kajian dengan menemuramah orang ramai terhadap prestasi memerangi jenayah rasuah, melihat kualiti penyampaian perkhidmatan awam, menilai tadbir urus kepada sektor swasta, institusi keluarga dan komuniti dan kualiti hidup setiap masyarakat.

“Pada tahun 2017 berdasarkan indeks kajian ke atas 20,000 individu yang ditemuramah empat daripada lima persoalan yang diberikan itu telah memberi respon yang baik iaitu melebihi tahap minimum 100 peratus bagi setiap respon yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata indeks memerangi jenayah rasuah bagaimanapun masih belum mencapai tahap yang memuaskan iaitu mendapat respon di bawah paras minimum.

Bagi meningkatkan indeks berkenaan, pelbagai usaha dilakukan dengan memperkasakan integriti dalam kalangan penjawat awam antaranya seminar integriti, katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam

Sekianlah artikel Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/safian-kakitangan-kerajaan-di-saran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Safian: Kakitangan Kerajaan Di Saran Mudahkan Urusan Awam"

Catat Ulasan

Loading...