Loading...
Judul : PAS Tidak Punyai Cybertroopers Hebat, Kuasai Perang Saraf !
link : PAS Tidak Punyai Cybertroopers Hebat, Kuasai Perang Saraf !
PAS Tidak Punyai Cybertroopers Hebat, Kuasai Perang Saraf !
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun, Abd Hadi Omar berkata cara biasa yang digunakan parti itu sebelum ini untuk menangkis fitnah di pentas ceramah, kuliah dan ceramah berkelompok, sudah tidak begitu relevan dengan perkembangan pantas era teknologi maklumat ketika ini.
"Penerangan melalui cara lama ini hanya mampu memberi kesan 20 peratus sahaja berbanding 80 peratus cara yang lebih efektif menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Youtube, Instagram dan Twitter.
"Kita perlukan jentera di media sosial yang lebih pantas menyampaikan maklumat dengan fakta dan data yang tepat...Dewan Pemuda PAS juga perlu menonjolkan lebih ramai figura baharu yang lebih responsif dan cakna isu semasa sekiranya mahu lebih cemerlang dalam PRU15 kelak," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Muhd Khalil Abdul Hadi dalam Muktamar DPPM ke 59 di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ir Ahmad Rafaei Abd Rashid pula mencadangkan PAS mewujudkan satu jabatan khas untuk 'pemikir pemasaran' yang mampu menggerakkan satu pelan strategi baharu di media sosial. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Tidak Punyai Cybertroopers Hebat, Kuasai Perang Saraf !
Sekianlah artikel PAS Tidak Punyai Cybertroopers Hebat, Kuasai Perang Saraf ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Tidak Punyai Cybertroopers Hebat, Kuasai Perang Saraf ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/pas-tidak-punyai-cybertroopers-hebat.html
0 Response to "PAS Tidak Punyai Cybertroopers Hebat, Kuasai Perang Saraf !"
Catat Ulasan