Loading...

Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah

Loading...
Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah
link : Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah

Baca juga


Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah


CAMERON HIGHLANDS: Kerusi Parlimen Cameron Highlands yang menyaksikan kemenangan Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh dengan majoriti tipis 597 undi menewaskan calon Pakatan Harapan M. Manogaran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kembali panas dengan pendedahan terkini wujudnya rasuah pilihanraya.

Pendedahan itu dinyatakan dalam Mahkamah Pilihan Raya sejak minggu lalu oleh beberapa saksi terdiri dari Tok Batin yang mendakwa diberi ‘duit rokok’ sebagai rasuah daripada pimpinan Barisan Nasional Pahang.

Perbicaraan ini dimulakan susulan tindakan Manogaran memfailkan petisyen pilihan raya pada Jun lalu bagi mencabar keputusan PRU kawasan tersebut.

Situasi ini sekaligus memberi tamparan kepada BN Pahang dan memungkinkan berlakunya satu lagi Pilihan Raya Kecil sekiranya didapati melanggar akta pilihan raya.

Memberitahu kepada Mahkamah, Tok Batin Harun Siden dari Kg Tual, berkata beliau menyaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Adun Jelai) dan calon MIC Sivarraajh memberi sejumlah RM300 kepada dirinya termasuk enam tok batin yang lain.

“Wan Rosdy dan Sivarrajh naik helikopter dan mendarat dekat Kampung Tual dan Kampung Sinderut untuk menghadiri sukaneka pada 6 Mei,” katanya lapor Malaysiakini.

Terkini, Yahya a/l Pengsan, 50, mendakwa beliau melihat sendiri Wan Rosdy memberi wang untuk diagihkan kepada Tok Batin dari enam kampung berjumlah RM17,500 untuk diagihkan kepada Orang Asli di kampung masing-masing.

“Di sana saya melihat sendiri Wan Rosdy beri RM17,500 kepada jentera BN dan wang itu kemudian diagihkan kepada enam Tok Batin termasuk saya sendiri,” katanya.

Menurut Seksyen 7 hingga 11, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segala bentuk rasuah pilihan raya diklasifikasi sebagai aktiviti berkaitan penyamaran; jamuan; pengaruh tidak wajar dan penyogokan yang berlaku sama ada sebelum, semasa mahu pun selepas pilihan raya diadakan.

Jika didapati bersalah, pesalah boleh dikenakan tindakan atau hukuman penjara serta denda termasuk boleh mengakibatkan kekosongan kerusi di mana pilihan raya kecil perlu diadakan.

Pada PRU14 lalu, Parlimen Cameron Highlands menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan BN (10,307), PKR (9,710), PAS (3,587), PSM (680), dan BERJASA (81). #sumber


Demikianlah Artikel Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah

Sekianlah artikel Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/tok-batin-dirasuah-kerusi-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tok Batin Dirasuah, Kerusi Parlimen Cameron Highlands Goyah"

Catat Ulasan

Loading...