Loading...
Judul : Penyanyi Saleem Iklim Kini Masih Terima Rawatan Di PPUKM !
link : Penyanyi Saleem Iklim Kini Masih Terima Rawatan Di PPUKM !
Penyanyi Saleem Iklim Kini Masih Terima Rawatan Di PPUKM !
Menurut isterinya, Julia Bachok, Saleem atau nama sebenarnya A. M Salim Abdul Majeed, 57, diberikan ubat bius bagi membolehkan penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu tidur selain mengurangkan kesakitan.
Katanya, Saleem masih perlu berada di bawah pantauan doktor dalam tempoh sekitar tiga hari bagi memastikan kecederaan pada bahagian paru-paru akibat salah satu daripada 12 tulang rusuk yang patah telah mengenai organ tersebut.
“Syukur keadaannya (Saleem) dilaporkan stabil. Bagaimanapun doktor masih memberikan dia ubat untuk ‘ditidurkan’ sehingga keadaan benar-benar baik.
“Saya berterima kasih kepada mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan Saleem dan diharapkan agar dia akan kembali pulih seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Sementara itu, Julia memberitahu, pemeriksaan lanjut sedang dilakukan ke atas Saleem terutama pada bahagian paru-paru kerana bimbang sekiranya berlaku pendarahan.
“Doktor masih membuat pemantauan bagi mengenalpasti tahap kecederaan pada bahagian tersebut untuk mengetahui sama ada perlu dilakukan pembedahan atau tidak.
“Sejujurnya, saya tidak mahu lakukan pembedahan kerana bimbang akan risiko tinggi terhadap segala kemungkinan. Sekiranya ada kaedah lain selain pembedahan, insya-Allah kami sedang usahakan,” jelasnya.
Petang Khamis 20 September lalu, Saleem telah terlibat dalam kemalangan selepas motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Cherry Easter di Bandar Mahkota Cheras, Kajang. #sumber
Demikianlah Artikel Penyanyi Saleem Iklim Kini Masih Terima Rawatan Di PPUKM !
Sekianlah artikel Penyanyi Saleem Iklim Kini Masih Terima Rawatan Di PPUKM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penyanyi Saleem Iklim Kini Masih Terima Rawatan Di PPUKM ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/penyanyi-saleem-iklim-kini-masih-terima.html
0 Response to "Penyanyi Saleem Iklim Kini Masih Terima Rawatan Di PPUKM !"
Catat Ulasan