Loading...
Judul : UMNO Pahang Sokong Boikot Pilihan Raya Kecil Port Dickson !
link : UMNO Pahang Sokong Boikot Pilihan Raya Kecil Port Dickson !
UMNO Pahang Sokong Boikot Pilihan Raya Kecil Port Dickson !
KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menyokong penuh keputusan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pilihan raya kecil yang juga dikenali sebagai ‘Langkah PD’ itu sebenarnya tidak diperlukan kerana ia akan membazirkan wang rakyat.
“BN dan UMNO sedang mengambil langkah-langkah pemulihan yang perlu diberi perhatian serius terhadapnya.
“Kita menyambut baik keputusan ini seperti mana diumumkan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kebetulan pula, hari penamaan calon PRK ini ialah pada Sabtu ini (29 September), bertembung dengan Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini (29 dan 30 September),” katanya menerusi mesej WhatsApp di sini, hari ini.
Wan Rosdy mengulas pengumuman Ahmad Zahid semalam, bahawa BN bukan saja tidak meletak calon, malah tidak akan mengerahkan sebarang jentera atau ahli sebagai menyokong mana-mana calon pembangkang atau Bebas.
Presiden UMNO itu berkata, keputusan itu bukan bermaksud BN enggan meraikan proses demokrasi tetapi cara pengosongan kerusi itu tidak demokratik. #sumber
Demikianlah Artikel UMNO Pahang Sokong Boikot Pilihan Raya Kecil Port Dickson !
Sekianlah artikel UMNO Pahang Sokong Boikot Pilihan Raya Kecil Port Dickson ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Pahang Sokong Boikot Pilihan Raya Kecil Port Dickson ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/umno-pahang-sokong-boikot-pilihan-raya.html
0 Response to "UMNO Pahang Sokong Boikot Pilihan Raya Kecil Port Dickson !"
Catat Ulasan