Loading...

Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu

Loading...
Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu
link : Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu

Baca juga


Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu


JAKARTA: Seorang remaja warga Indonesia berusia 18 tahun ditemui selamat selepas hanyut selama tujuh minggu, di kawasan perairan berhampiran pulau Guam di Lautan Pasifik.

Ia terletak kira-kira 2,500 kilometer dari lokasi beliau dipercayai hilang.

Menurut ahli keluarganya, Aldi Novel Adilang, dilaporkan hilang pada pertengahan Julai lalu, ketika berada di sebuah pondok menangkap ikan yang dibina kira-kira 125 kilometer di luar perairan pulau Sulawesi.

Beliau yang bekerja berseorangan bertanggungjawab memastikan lampu pada bot itu sentiasa menyala, bagi menarik perhatian ikan di kawasan itu.

Pemilik bot itu dikatakan melawatnya seminggu sekali bagi menghantar makanan, air bersih, minyak dan bekalan lain.

Media tempatan melaporkan, perangkap ikan terapung atau rompong itu, tidak dilengkapi atau dayung dan diikat menggunakan tali ke dasar laut.

Namun, angin kencang mengakibatkan menyebabkan tali itu putus, lalu menghanyutkan Adli.

Majikan Adli dipercayai mempunyai kira-kira 50 rompong di kawasan perairan berkenaan.

“Majikannya memaklumkan suami saya bahawa beliau (Adli ) hilang, tetapi kami berdoa supaya dia selamat,” kata ibu Adli, Net Kahiking kepada AFP ketika ditemui di rumahnya di Sulawesi.

Konsul Jeneral Indonesia di Osaka, Mirza Nurhidayat, berkata kepada Jakarta Post, selepas kehabisan makanan, Adli menangkap ikan bagi meneruskan hidup dan memasak menggunakan kayu dari rompong.

“Adli berkata beliau berasa sangat takut ketika hanyut dan sering menangis,” kata seorang diplomat di konsulat itu, Fajar Firdaus kepada Jakarta Post.

Fajar berkata, Adli cuba menarik perhatian 10 kapal yang berlayar berhampirannya, tetapi gagal.

Bagaimanapun, nasibnya berubah selepas Adli mengubah frekuensi radio mudah alihnya dan panggilan kecemasannya berjaya dikesan berhampiran Guam oleh kapal dari Panama yang dalam perjalanan ke Jepun.

Adli yang juga anak bongsu daripada empat beradik tiba di rumahnya pada 8 September lalu dan beliau dilaporkan sihat walaupun selepas menempuh peristiwa itu.

“Saya sangat gembira apabila dimaklumkan majikannya bahawa Adli masih hidup.

“Beliau kini sudah selamat tiba di rumah dan kami menyambut hari jadi ke-19 Adli pada 30 September ini,” kata Net Kahiking. #sumber


Demikianlah Artikel Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu

Sekianlah artikel Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/remaja-di-temui-selamat-selepas-hanyut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Remaja Di Temui Selamat Selepas Hanyut Selama Tujuh Minggu"

Catat Ulasan

Loading...