Loading...
Judul : Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang !
link : Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang !
Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang !
Pengarah JMG Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Azhari Ahmad berkata dapatan itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan awal yang dijalankan pihaknya sejak semalam.
“Pasukan JMG yang tiba di lokasi kejadian pagi semalam dan telah buat pemerhatian serta kami kenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan berlaku runtuhan di cerun sehingga semua kontena yang terdapat di lereng bukit tersebut menggelongsor bersama tanah runtuh.
“Faktor utama yang menyebabkan berlaku tanah runtuh ialah aliran dari air sungai berhampiran cerun dan hujan lebat sejak awal pagi hari kejadian menyebabkan berlaku limpahan air sehingga masuk ke kawasan cerun sebelum berlaku runtuhan, ” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah mengambil langkah segera dengan mengalihkan aliran air anak sungai itu ke kawasan lain supaya tiada aliran air di cerun dan tanah runtuh yang akan memburukkan lagi keadaan terutama ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Azhari berkata pemeriksaan lanjut pukul 7.30 pagi tadi mendapati aliran air di kawasan cerun dan tanah runtuh semakin berkurangan, namun pihaknya sentiasa membuat pemantauan dengan bantuan peralatan dari pasukan mencari dan menyelamat Malaysia (SMART) dari masa ke masa bagi memastikan pasukan penyelamat menjalankan operasi SAR dalam keadaan selamat.
Katanya berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan, pihaknya juga mendapati lokasi berlaku runtuhan itu adalah kawasan cekung (lekuk ke dalam) yang mudah mengumpul air dan menyebabkan air tertumpu di cerun.
“Namun kami juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku runtuhan susulan di kawasan itu kerana struktur tanah jenis peroi (tidak padat) dan masih terdapat aliran air yang boleh menyebabkan tanah runtuh.
“Kami juga telah menasihatkan pasukan penyelamat agar menghentikan serta merta operasi SAR jika berlaku hujan kerana tanah runtuh susulan boleh berlaku ketika itu dan ia sangat bahaya kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata ketika ini pihaknya membantu pasukan penyelamat dalam operasi SAR dan tidak menolak kemungkinan terlibat dalam siasatan lanjut punca sebenar kejadian tanah runtuh itu selepas ini.
“Kami harap cuaca baik dan tiada hujan supaya operasi SAR dapat diteruskan sehingga semua mangsa ditemui dan jika hujan memang akan berlaku aliran air dalam tanah,” katanya.
Kejadian tanah runtuh yang dilapor pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan 4 pekerja warga asing maut, 3 cedera manakala 5 lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah.
Kejadian selepas hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Petang Jumaat 2 mayat ditemukan iaitu lelaki Indonesia Samsul Asman, 19, dan lelaki Bangladesh Attrul, 35, manakala mayat Khin Aye Khaing, 33, wanita Myanmar ditemukan pukul 1.30 pagi Sabtu dan mayat keempat Bahtiar, 36, lelaki Indonesia ditemukan pada 11.55 pagi semalam. #sumber
Demikianlah Artikel Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang !
Sekianlah artikel Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/aliran-air-anak-sungai-punca-tanah.html
0 Response to "Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang !"
Catat Ulasan