Loading...

Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus !

Loading...
Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus !
link : Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus !

Baca juga


Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus !


GOMBAK: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memastikan sistem undian secara elektronik (e-undi) bagi pemilihan PKR berjalan dengan adil dan saksama.

“Kita dapati banyak aduan diterima, maka JPP bertanggungjawab menjamin proses yang telus, terbuka dan adil kerana persepsi anggota parti dan orang awam penting memandangkan kita berjuang atas prinsip reformasi untuk bawa perubahan.

“Sudah tentu kita tolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kempen kotor, politik wang, salah guna kuasa dan kedudukan.

“Proses JPP perlu telus dan terbuka memandangkan ini kali pertama kita guna “e-voting”,” katanya di Sungai Tua, Gombak, hari ini.

Azmin berkata, pemerhatiannya di pusat mengundi cabang Gombak juga mendapati proses mengundi tidak dijalankan seawal jam 10 pagi, sebaliknya ditangguhkan seketika atas alasan teknikal.

“Seperti hari ini, pusat mengundi sepatutnya dibuka pada jam 10 pagi, namun ditangguhkan atas alasan teknikal, saya harap ini tidak berulang lagi kerana ia beri gambaran tidak baik kepada parti dan pemilihan.

“Sekiranya proses berjalan dengan adil, telus dan terbuka, saya cukup yakin dukungan daripada anggota dapat diterjemahkan dalam bentuk majoriti besar, namun segalanya saya serahkan kepada mereka untuk buat keputusan,” katanya.

Fasa kedua proses pemilihan PKR peringkat Selangor membabitkan lebih 83,000 anggota parti di 7 daripada 22 cabang yang disahkan layak mengundi, berlangsung hari ini bagi memilih kepimpinan di peringkat cabang dan pusat.

Tujuh cabang berkenaan ialah Puchong, Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang.
Puchong mempunyai 17,149 anggota, Gombak (9921), PJ Utara (6,136), PJ Selatan (7,609), Kuala Langat (14,121), Klang (12,998) dan Selayang (15,104).

Proses pengundian menggunakan kaedah e-undi itu dijangka bermula pada 10 pagi dan berakhir 5 petang. Baki 6 cabang lagi akan menjalankan pengundian pada 28 Okt depan melibatkan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.

Fasa pertama pemilihan di Selangor membabitkan 9 cabang pada 14 Okt lepas, menyaksikan Azmin mendahului pencabar tunggalnya, Mohd Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memperoleh 9,337 undi sementara Mohd Rafizi yang merupakan naib presiden PKR meraih 8,563 undi. #sumber


Demikianlah Artikel Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus !

Sekianlah artikel Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/azmin-mahu-proses-pemilihan-pkr.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin Mahu Proses Pemilihan PKR Berjalan Bersih Dan Telus !"

Catat Ulasan

Loading...