Loading...

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta

Loading...
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta
link : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta

Baca juga


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta


KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan ikat jamin RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 45 pertuduhan melibatkan 10 kes pecah amanah, lapan kes menerima suapan dan sembilan kes pengubahan wang haram.

Mahkamah membenarkan Ahmad Zahid, 65, membayar ikat jamin itu secara ansuran selewat-lewatnya 26 Oktober ini dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Jumlah jaminan RM1 juta dibayar hari ini manakala baki selebihnya akan diselesaikan dalam tempoh seminggu.

Terdahulu, dalam prosiding itu Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapanya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Antara yang hadir mengikuti prosiding adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Dalam pada itu, ahli keluarga Zahid Hamidi yang turut kelihatan ialah isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan tiga anaknya Datuk Nurulhidayah, Ahmad Khairul Hafiz serta Ahmad Khairul Haziq.


Ahmad Zahid menghadapi pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pihak pendakwaan diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama Ahmad Akram Gharib dan Mohamad Mustafa P. Kunyalam.


Barisan pembelaan pula diketuai Hisyam Teh Poh Teik diikuti Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Kitson Foong, Datuk Jagjit Singh Bant Singh dan Hamidi Mohd. Noor.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir memberi sokongan. - Foto ROY AZIS ABD AZBekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir memberi sokongan. - Foto ROY AZIS ABD AZIZ


Semalam, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dipanggil untuk kali keenam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

Yayasan Akal Budi merupakan milik keluarganya dan beliau adalah pengerusi.

Ahmad Zahid menolak cadangan peguamnya supaya beliau memohon kebenaran untuk diikat jamin dan tidak ditahan semalaman di lokap SPRM.


Pada minggu lalu, Ahmad Zahid dipanggil memberi keterangan sebanyak tiga kali berturut-turut selain untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu berhubung kes penyelewengan Yayasan Akal Budi.

Selain Ahmad Zahid, turut dipanggil memberikan keterangan membabitkan kes itu ialah anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi @ Hamidi. #sumber


Demikianlah Artikel Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta

Sekianlah artikel Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/bekas-timbalan-perdana-menteri-zahid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Diikat Jamin RM2 Juta"

Catat Ulasan

Loading...