Loading...
Judul : Rugi RM5,000 Selepas Terpedaya Jualan Kereta Tidak Wujud !
link : Rugi RM5,000 Selepas Terpedaya Jualan Kereta Tidak Wujud !
Rugi RM5,000 Selepas Terpedaya Jualan Kereta Tidak Wujud !
KUANTAN - Seorang lelaki yang mahu membeli sebuah kereta secara atas talian rugi RM5,000 selepas tertipu dengan iklan jual kereta tidak wujud di sebuah laman sesawang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 25 tahun itu tertarik dengan iklan kereta jenis Proton Satria GTI yang hendak dijual pada harga RM8,000 selepas melayari laman terbabit, Ahad lalu.
“Tertarik dengan iklan itu, mangsa menghubungi penjualnya untuk berurusan sebelum dia diminta membayar wang pendahuluan RM5,000 manakala bakinya dijelaskan ketika mengambil kereta berkenaan.
“Mangsa membuat tiga kali pembayaran melalui akaun bank atas nama suspek. Selepas menjelaskannya, mangsa ke lokasi yang dinyatakan untuk mengambil keretanya namun mendapati kenderaan yang dibelinya itu tidak wujud,” katanya.
Mohd Wazir berkata, mangsa membuat laporan polis selepas sedar ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. #sumber
Demikianlah Artikel Rugi RM5,000 Selepas Terpedaya Jualan Kereta Tidak Wujud !
Sekianlah artikel Rugi RM5,000 Selepas Terpedaya Jualan Kereta Tidak Wujud ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rugi RM5,000 Selepas Terpedaya Jualan Kereta Tidak Wujud ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/rugi-rm5000-selepas-terpedaya-jualan.html
0 Response to "Rugi RM5,000 Selepas Terpedaya Jualan Kereta Tidak Wujud !"
Catat Ulasan