Loading...

Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling

Loading...
Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling
link : Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling

Baca juga


Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling


ALOR SETAR - Sebanyak 19 kes keracunan makanan dengan dua kematian dilaporkan berlaku di negeri ini dan Perak yang disyaki berpunca daripada laksa dijual di sebuah gerai di Kupang, Baling dekat sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, kes yang dilaporkan adalah sembilan kes dengan dua kematian di Perak dan 10 kes di negeri ini.

Beliau berkata, susulan maklumat yang tular di media sosial, Kementerian Kesihatan Malaysia  memaklumkan menerima satu notifikasi dari Hospital Gerik, Perak berhubung dua kes keracunan makanan dengan satu kematian pada Sabtu lalu.

"Siasatan lanjut mendapati tujuh kes daripada satu keluarga yang tinggal di rumah sama mengalami gejala demam, cirit-birit dan muntah.

"Mereka dilaporkan telah makan laksa yang dibeli oleh bapa si mati di sebuah gerai di Kupang kira-kira pukul 5.30 petang Khamis lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Norhizan, dua lagi kes dimasukkan ke Hospital Gerik pada semalam dan pesakit mengalami gejala keracunan makanan selepas makan laksa yang dibeli di gerai yang sama, juga pada Khamis lalu.

"Satu daripada dua kes tersebut telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut, namun pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 2.31 petang semalam," ujarnya.

Menurut beliau, sebanyak 10 kes sama turut dilaporkan Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan mendapat rawatan di Hospital Baling.

Tambahnya, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dan penutupan sementara premis terlibat bagi mengenal pasti punca berlakunya keracunan makanan.

"Beberapa sampel klinikal, makanan dan persekitaran telah diambil untuk ujian makmal," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling

Sekianlah artikel Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/dua-maut-keracunan-makanan-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Laksa Di Baling"

Catat Ulasan

Loading...