Loading...
Judul : Gadis Islam Di Ikat, Di Sebat Bercinta Dengan Pemuda Hindu !
link : Gadis Islam Di Ikat, Di Sebat Bercinta Dengan Pemuda Hindu !
Gadis Islam Di Ikat, Di Sebat Bercinta Dengan Pemuda Hindu !
BIHAR, India – Seorang gadis beragama Islam diikat pada sebatang pokok dan disebat tanpa belas kasihan oleh penduduk kampung di negeri Bihar, India, awal minggu ini kerana dia cuba kahwin lari dengan remaja lelaki beragama Hindu, lapor akhbar Times of India kelmarin.
Gadis berumur 19 tahun itu yang merupakan anak perempuan seorang penduduk kampung berkenaan, Mohammad Farid Ansari, jatuh cinta kepada remaja lelaki tersebut semasa mereka belajar di sebuah sekolah tempatan.
Kampung tersebut, Jogia Maran terletak di daerah Nawada, selatan Bihar.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa gadis itu telah menghalang anak mereka pergi ke sekolah selepas mengetahui tentang hubungan cinta tersebut. Bagaimanapun, mangsa tetap berjumpa dengan kekasihnya.
Pada 30 September lalu, gadis itu melarikan diri bersama teman lelakinya tetapi ditemui semula tiga hari kemudian di sebuah kampung yang berjiran dengan Jogja Maran, namun remaja lelaki tersebut melarikan diri.
Gadis itu kemudian dibawa untuk diadili majlis timbang tara di kampung Jogja Maran.
“Mahkamah menganggap perkara tersebut amat serius dan mengarahkan supaya gadis itu disebat di hadapan khalayak,” kata beberapa saksi.
Mangsa disebat oleh penduduk kampung sehingga pengsan dan . dibiarkan terikat pada sebatang pokok selama lima jam sebelum polis tiba dan menyelamatkannya.
“Saya cintakan pemuda itu dan akan mengahwininya walau apapun yang berlaku. Saya tidak percaya pada kasta atau agama. Saya sudah berumur 19 tahun (dewasa) dan boleh memilih sesiapa jua untuk dikahwini,” tegasnya.
Sementara itu, polis berkata, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut dan akan menangkap mereka yang disyaki terlibat. #sumber
Demikianlah Artikel Gadis Islam Di Ikat, Di Sebat Bercinta Dengan Pemuda Hindu !
Sekianlah artikel Gadis Islam Di Ikat, Di Sebat Bercinta Dengan Pemuda Hindu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gadis Islam Di Ikat, Di Sebat Bercinta Dengan Pemuda Hindu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/gadis-islam-di-ikat-di-sebat-bercinta.html
0 Response to "Gadis Islam Di Ikat, Di Sebat Bercinta Dengan Pemuda Hindu !"
Catat Ulasan