Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.03 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 
“Berdasarkan maklumat awal, kejadian tersebut berlaku apabila lereng bukit runtuh sebelum menimpa sebuah rumah. 
“Difahamkan, terdapat dua individu warga asing maut manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 
Tambah Mohd. Hilmi Kashfi, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya. #sumber