Loading...

Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri !

Loading...
Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri !
link : Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri !

Baca juga


Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri !


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen  Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mencipta kamus sendiri bagi menjelaskan maksud bahawa tidak semua daripada lebih 300,000 gay yang direkodkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlibat dalam hubungan songsang.

Menurut Nik Abduh, ramai orang sukar memahami maksud Mujahid yakni tidak semua gay melakukan hubungan sejenis.


" Itu saya tak boleh nak faham, kena tanya beliau. Saya dapati ramai orang tak boleh nak faham juga.

"Menteri (Mujahid) kena buat dictionary (kamus) sendirilah," katanya kepada Sinar Harian.

Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, gay ialah satu gejala yang serius dan wajar ditangani kerajaan.

"Kita dimaklumkan oleh pegawai Jakim antara puncanya (gay) ialah ketika remaja kita di alam persekolahan, di asrama.

"Selain itu sudah pastinya faktor agama, jadi saya harap supaya pihak kerajaan dapat melihat ini sebagai satu gejala dibanteras sama ada pendidikan atau tindakan undang-undang," syor beliau.

Semalam, Mujahid  berkata, tidak semua gay terlibat dalam hubungan songsang.

Katanya, rekod Jakim mempunyai pelbagai kategori termasuk kelompok yang tidak melakukan perbuatan songsang.

“Bilangan itu kena huraikan lagi. Ada mereka yang ada keinginan tetapi tidak semestinya mereka buat. Kita jangan ambil secara pukul rata dengan kata semuanya buat salah.

“Ada yang mempunyai keinginan jadi kita tangani dari awal. Ada yang terlibat, sedar ia tidak betul dan balik semula,” katanya.

Jakim dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, merujuk  kepada kenyataan pegawai Jakim pagi tadi berkenaan anggaran populasi gay di negara ini seramai 310,000, adalah angka yang masih prelim iaitu belum muktamad oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana yang dipetik.

Tambahnya, gay menurut definisi oleh Blanch Consulting, adalah seorang lelaki yang memiliki ketertarikan sesama jenis dari sudut seksual, romantik dan fizikal.

"Sehubungan itu, seseorang yang dilabel gay, tidak semestinya telah melakukan hubungan sesama jenis sama ada homoseksual atau liwat. Golongan ini baru dianggap  memiliki same sex attraction iaitu ketertarikan sesama jenis.

"Justeru, Jakim komited untuk terus melakukan usaha penerangan dan bimbingan melalui seminar dan program Mukhayyam dalam memberikan intervensi kerohanian kepada komuniti LGBT yang ingin mendapatkan bimbingan," katanya.

Hal demikian, Jakim menyeru masyarakat agar sama -sama mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memantau perilaku anak-anak supaya diberikan didikan dan penghayatan agama sebaik mungkin. #sumber


Demikianlah Artikel Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri !

Sekianlah artikel Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/isu-gay-nik-abduh-saran-mujahid-agar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Gay: Nik Abduh Saran Mujahid Agar "Cipta" Kamus Sendiri !"

Catat Ulasan

Loading...