Loading...
Judul : Mahkamah Benar MAS Batalkan Saman Ahli Keluarga MH370
link : Mahkamah Benar MAS Batalkan Saman Ahli Keluarga MH370
Mahkamah Benar MAS Batalkan Saman Ahli Keluarga MH370
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengecualikan Malaysia Airlines Bhd (MAB) daripada saman yang difailkan 76 ahli keluarga penumpang warga asing dalam penerbangan MH370 yang hilang secara misteri pada 2014.
Hakim, Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan MAB membatalkan saman itu yang merupakan tuntutan sivil terbesar pernah difailkan terhadapnya.
“Saya memutuskan mereka (MAB) bukan pihak dalam saman itu,” katanya sambil memerintahkan ahli keluarga terbabit membayar kos RM7,000 kepada MAB dan menetapkan 7 November ini untuk pengurusan kes.
Peguam MAB, Sanjeev Kumar sebelum ini berhujah yang syarikat penerbangan negara itu bukan pihak yang betul untuk disaman.
“MAB belum diperbadankan ketika kejadian itu berlaku pada 8 Mac 2014,” katanya kepada wartawan selepas prosiding hari ini.
MAB mengambil alih Malaysia Airline System Bhd (MAS) pada Julai 2015 menerusi rancangan penstrukturan semula RM6 bilion oleh Khazanah Nasional.
Ahli keluarga penumpang yang terdiri daripada warganegara China, India dan Amerika Syarikat, memfailkan saman pada 2016 atas dakwaan kecuaian dan melanggar kewajipan yang ditetapkan badan berkanun.
Mereka turut menamakan MAS, ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan dalam tuntutan itu.
Mereka mendakwa DCA, TUDM dan kerajaan berkomplot dengan MAS untuk menyiasat dengan “cara sangat cuai” bagi menangguhkan operasi pencarian menyebabkan kematian semua penumpang dan kru dalam pesawat itu.
Mereka turut mendakwa MAS dan kerajaan tidak jujur kerana menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat itu daripada orang ramai dan keluarga penumpang serta kru.
Ahli keluarga penumpang yang diwakili peguam, Sitpah Selvaratnam dan N Ganesan, menuntut kerugian akibat kehilangan orang tersayang. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah Benar MAS Batalkan Saman Ahli Keluarga MH370
Sekianlah artikel Mahkamah Benar MAS Batalkan Saman Ahli Keluarga MH370 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Benar MAS Batalkan Saman Ahli Keluarga MH370 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/mahkamah-benar-mas-batalkan-saman-ahli.html
0 Response to "Mahkamah Benar MAS Batalkan Saman Ahli Keluarga MH370"
Catat Ulasan