Loading...
Judul : Mahkamah Tinggi Arahkan Deepak Hantar Notis Kepada Najib !
link : Mahkamah Tinggi Arahkan Deepak Hantar Notis Kepada Najib !
Mahkamah Tinggi Arahkan Deepak Hantar Notis Kepada Najib !
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, untuk menyampaikan notis kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tujuh yang lain.
Notis itu bagi permohonan beliau (Deepak) untuk memasukkan semula lapan individu terbabit ke dalam kes saman dikemukakan keluarga penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam.
Peguam Vinod Kamalanathan yang mewakili Deepak ketika ditemui berkata, pihaknya sehubungan itu diarahkan mahkamah tinggi untuk mengemukakan notis kepada kesemua lapan individu terbabit.
Selain Najib, tujuh pihak lain adalah Datin Seri Rosmah Mansor; adiknya Datuk Mohd Nazim dan Datuk Ahmad Johari; peguam Tan Sri Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Arulampalam Mariampillai serta Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat.
Kamalanathan berkata, pihaknya diarah menyampaikan notis itu sebelum mahkamah boleh memberikan kebenaran untuk prosiding pihak ketiga.
“Kami membawa mereka sebagai pihak ketiga. Jadi, kami akan menyampaikan dokumen bagi mereka menjawab,” katanya.
Kamalanathan berkata, pihaknya mengemukakan prosiding pihak ketiga terhadap semua individu terbabit yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.
Katanya, pada Julai lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan lapan defendan itu untuk membatalkan saman berkenaan yang difailkan balu Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan tiga anaknya manakala Deepak tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.
Kamalanathan berkata demikian selepas prosiding pengurusan kes di kamar Hakim Datuk Azimah Omar.
Kata peguam itu, mahkamah kemudian menetapkan pada 23 November ini bagi mengemukakan status terkini berhubung penyampaian notis berkenaan.
Pada 13 Julai 2017, Santamil Selvi bersama tiga anaknya, B Kishen, B Menaga dan B Reeshi memfailkan saman kedua bagi pihak mendiang dengan menamakan kesemua individu sama sebagai defendan.
Ia bagi menuntut kerugian yang ditanggung mereka sepanjang berada di Chennai, India selama 56 bulan daripada 4 Julai 2008 sehingga Balasubramaniam, 53, meninggal dunia kerana serangan jantung pada 15 Mac 2013.
Dalam pernyataan tuntutan, Santamil Selvi mendakwa, ahli keluarganya secara salah dibuang ke luar negara selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Plaintif memohon ganti rugi berjumlah RM840,000 termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, India, yuran sekolah, dan kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah Tinggi Arahkan Deepak Hantar Notis Kepada Najib !
Sekianlah artikel Mahkamah Tinggi Arahkan Deepak Hantar Notis Kepada Najib ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tinggi Arahkan Deepak Hantar Notis Kepada Najib ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/mahkamah-tinggi-arahkan-deepak-hantar.html
0 Response to "Mahkamah Tinggi Arahkan Deepak Hantar Notis Kepada Najib !"
Catat Ulasan