Loading...
Judul : Suami Isteri Mengaku Salah Curi Bekalan Air Terawat Di Kuantan
link : Suami Isteri Mengaku Salah Curi Bekalan Air Terawat Di Kuantan
Suami Isteri Mengaku Salah Curi Bekalan Air Terawat Di Kuantan
KUANTAN - Sepasang suami isteri tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dituduh mencuri bekalan air terawat bernilai RM5,015.44 pada Mac hingga Mei lalu.
Pasangan berusia 53 tahun berkenaan, Raja Gopal Muni Samy bersama isterinya, Sumathi Ramasendherin dituduh mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Menurut kertas pertuduhan, pasangan itu dituduh melakukan penyambungan bekalan air secara tidak sah di premis mereka di Lot 123054, Jalan IM 1/4, Bandar Indera Mahkota di sini antara tempoh 1 Mac hingga 30 Mei lalu.
Jika sabit kesalahan, pasangan yang tidak diwakili peguam itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tempoh setahun atau kedua-dua sekali.
Sejurus pertuduhan dibacakan serta pengakuan tidak bersalah kedua-dua tertuduh direkodkan, Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula.
Kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Mohd. Helmy Razelan. #sumber
Demikianlah Artikel Suami Isteri Mengaku Salah Curi Bekalan Air Terawat Di Kuantan
Sekianlah artikel Suami Isteri Mengaku Salah Curi Bekalan Air Terawat Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suami Isteri Mengaku Salah Curi Bekalan Air Terawat Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/suami-isteri-mengaku-salah-curi-bekalan.html
0 Response to "Suami Isteri Mengaku Salah Curi Bekalan Air Terawat Di Kuantan"
Catat Ulasan