Loading...

Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan

Loading...
Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan
link : Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan

Baca juga


Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan


PEKAN - Kira-kira 100 penduduk Orang Asli Kampung Jenit bantah aktiviti perlombongan biji timah dan emas yang didakwa dilakukan secara haram menyebabkan pencemaran air berlaku di Sungai Kerek.

Tok Batin Kampung Jenit, Jeleta Jenal, 57, berkata, walaupun perlombongan tersebut masih di peringkat awal, ia dibimbangi boleh mengganggu ekosistem sungai sekali gus menjejaskan kesihatan mereka.

Menurutnya, pihaknya tidak pernah menolak pembangunan yang dilakukan kerajaan negeri namun perlombongan itu  mencemarkan air sungai yang digunakan penduduk kampung sebagai keperluan harian.

“Kali pertama pihak perlombongan masuk ke sini pada 4 Ogos lalu, di mana penduduk kampung menyedari bunyi mesin.

"Saya terus berjumpa dengan pihak syarikat menyatakan ingin mencari biji timah tetapi tidak benarkan.

“Sejak dari itu, kami terus melakukan sekatan (blockade) tidak membenarkan mereka masuk kawasan kampung namun mereka datang lagi bersama jabatan perhutanan dan ingin berbincang di samping menunjukkan surat untuk mencari sampel biji timah dan emas di sini.

“Namun saya tetap tidak benarkan kerana kawasan yang ingin mereka kaji merupakan sungai yang menjadi sumber utama penduduk untuk minum dan melakukan keperluan harian, jika saya benarkan pasti air sungai tersebut akan tercemar dan penduduk di sini akan sakit akibat minum air kotor,” katanya ketika ditemui pada blockade Orang Asli Kampung Jenit, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

Tengku Zulpuri berkata, kerajaan akan meneliti semula projek tersebut yang mendapat tentangan penduduk di situ yang membantah perlombongan tersebut daripada diteruskan.

Menurutnya, pihaknya akan membuat rujukan semula dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan kerjasama dan budi bicara buat penduduk Orang Asli Kampung Jenit demi memastikan air sungai di tapak projek tersebut tidak tercemar.

“Saya lihat di sini projek tersebut mungkin rintis yang pertama mereka ambil sampel perlombongan tapi saya tak pasti sama ada mereka ada lesen  atau surat kebenaran dari perhutanan negeri.

“Kita tahu perlombongan ini biasanya akan mengakibatkan air menjadi kotor dan tercemar.

"Kita akan mendalami masalah ini supaya perkara ini tidak berlarutan dan ada situasi menang-menang yang mana kita nak pastikan mereka hidup selesa,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai status tanah merupakan tanah simpan kekal, Tengku Zulpuri berkata, pihaknya tidak pasti mengenai perkara tersebut namun jika benar, kerajaan negeri mampu mengubah status tanah tersebut.

“Kami akan cuba mendapatkan maklumat daripada jabatan perhutanan di peringkat Pusat dan negeri mengenai projek ini bagi memastikan kaum minoriti khususnya Orang Asli tidak dibiarkan dan ditindas,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan

Sekianlah artikel Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/orang-asli-kampung-jenit-pekan-bantah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang Asli Kampung Jenit Pekan Bantah Aktiviti Perlombongan"

Catat Ulasan

Loading...