Loading...
Judul : Mohd Zakaria Ganti Rosli Abdul Rahman Terajui Polis Pahang
link : Mohd Zakaria Ganti Rosli Abdul Rahman Terajui Polis Pahang
Mohd Zakaria Ganti Rosli Abdul Rahman Terajui Polis Pahang
KUANTAN - Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd Zakaria Ahmad mengambil alih tugas Ketua Polis Pahang yang baharu menggantikan Datuk Seri Rosli Abdul Rahman.
Mohd Zakaria, 58 memikul amanah menerajui Polis Pahang selepas Rosli akan memikul tugas baharu sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas berlangsung di IPK Pahang pagi ini disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh Zakaria.
Mohd Zakaria yang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1979 pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang pada 2013.
Anak kelahiran Gurun, Kedah ini berkata, beliau bersyukur dapat kembali berkhidmat di Pahang dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM atas kepercayaan melantiknya sebagai Ketua Polis Pahang.
Menurutnya, beliau akan meneruskan usaha Rosli sebelum ini dan melihat aspek-aspek yang boleh ditambahbaik untuk menjadikan kontinjen Pahang yang terbaik.
“Saya dapati kes jenayah di Pahang terkawal dengan kadar kes diselesaikan segera.
“Justeru warga kontinjen Pahang perlu kekalkan prestasi ini selain meningkatkan khidmat penyampaian serta mengurangkan karenah birokrasi,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Mohd Zakaria Ganti Rosli Abdul Rahman Terajui Polis Pahang
Sekianlah artikel Mohd Zakaria Ganti Rosli Abdul Rahman Terajui Polis Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mohd Zakaria Ganti Rosli Abdul Rahman Terajui Polis Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/mohd-zakaria-ganti-rosli-abdul-rahman.html
0 Response to "Mohd Zakaria Ganti Rosli Abdul Rahman Terajui Polis Pahang"
Catat Ulasan