Loading...

Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara !

Loading...
Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara !
link : Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara !

Baca juga


Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara !


KUANTAN - Seramai tujuh pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menggalas cabaran membawa nama Malaysia ke pertandingan antarabangsa robotik dan sukan equestrian, tidak lama lagi. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Zulkifle Ali berkata mereka yang terpilih terdiri daripada pelajar tingkatan dua sehingga empat, dan semuanya mempunyai pengalaman dalam kejohanan yang disertai. 

Lima pelajar itu menyertai kejohanan World Robot Games Philippines 2018 iaitu Nabil Haiqal Azfar Zaiful Azman, Ahmad Mukhlis Mustafa, Muhammad Fayyadh Nizar, Alya Nur Izzah Sharuddin, dan Ouswa Huseina Badli Shah. 

Kejohanan berlansung di Tagatyay City, Filipina pada 24 Okt depan melibatkan dua kategori iaitu inovatif dan sumo auto. 

Manakala bagi sukan equestrian, Adam Haiqal Johan akan menyertai pertandingan di Taichung, Taiwan pada 9 hingga 12 Nov manakala Syed Nuh Syed Burhannuddin menyertai pertandingan di Bangkok, Thailand pada 17 hingga 20 Nov depan.

"Semua mereka yang bertanding mempunyai pengalaman dalam bidang itu seperti peserta equestrian yang pernah menjadi johan pada pertandingan di Iran, Korea dan Australia sebelum ini. 

"Kita juga menyasarkan kedudukan lima terbaik dalam kejohanan robotik walaupun akan berhadapan saingan hebat daripada negara seperti Korea, Jepun, Hong Kong dan Singapura," katanya pada sidang media di Kompleks MTNP di sini, hari ini. 

Zulkifle menambah penglibatan pelajar berkenaan juga membuktikan pelajar tahfiz bukan hanya cemerlang dalam bidang agama, tetapi juga mampu melakar kejayaan dalam bidang akademik dan sukan, jika diberi pendedahan sebaiknya. 

Sementara itu, Adam Haikal, 15, berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada Malaysia pada kejohanan antarabangsa kali ketiga yang disertainya. 

"Saya akan mencuba sebaik mungkin dengan berpandukan kepada pengalaman menyertai kejohanan sebelum ini, selain yakin dengan kemahiran yang dipelajari sejak melibatkan diri dalam sukan berkuda pada usia tujuh tahun," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara !

Sekianlah artikel Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/tujuh-pelajar-maahad-tahfiz-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tujuh Pelajar Maahad Tahfiz Pahang Galas Cabaran Negara !"

Catat Ulasan

Loading...