Loading...

Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak !

Loading...
Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak !
link : Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak !

Baca juga


Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak !


KUANTAN - Seorang wanita maut manakala menantunya cedera apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membawa muatan kayu getah yang rosak di Kilometer 37, Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dekat Merapoh, Lipis awal pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 3.50 pagi itu ialah peniaga kedai makan Khatijah Awang, 53, yang berasal dari Kampung Raja, Besut di Terengganu. 

Manakala menantunya Haszlan Hashim, 34, yang merupakan juruteknik di Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (START) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hanya cedera ringan pada tangan kiri. 

Mereka difahamkan dalam perjalanan ke Raub, dekat sini dari Besut. 

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Haszlan tidak menyedari lori yang berada dalam keadaan makan jalan di lorong perlahan menyebabkan dia tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan. 

"Pemandu lori mendakwa berhenti di situ kerana tayar kiri belakangnya pecah dan telah meletakkan segi tiga tanda kecemasan dalam jarak 10 meter dari lorinya," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Azry Akmar menambah pemandu lori Siow Yew Khen, 31, yang beralamat di Ipoh, Perak tidak mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut. 

Beliau menambah jenazah Khatijah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan menantunya juga kini dirawat di hospital sama. 

Kemalangan menyebabkan kereta itu remuk teruk pada bahagian hadapan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987. #sumber


Demikianlah Artikel Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak !

Sekianlah artikel Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/wanita-maut-menantu-pula-cedera-akibat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Maut, Menantu Pula Cedera Akibat Rempuh Lori Rosak !"

Catat Ulasan

Loading...