Loading...

Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR !

Loading...
Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR !
link : Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR !

Baca juga


Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR !


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap seorang ketua bahagian PKR semalam berhubung isu penambahan ahli yang begitu banyak di PKR Cabang Julau, Sarawak.

Sumber SPRM memberitahu tangkapan itu dibuat di Kuala Lumpur pada pukul 9 malam tadi.

Sumber SPRM itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti ketua bahagian PKR tersebut.

“Dia ketua bahagian dan ahli Jawatankuasa Pusat PKR Kuala Lumpur. Dia disiasat berkaitan aduan PKR Cabang Julau,” katanya.

Sumber SPRM juga berkata, ketua bahagian PKR itu mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah.

Beliau berkata, belum dapat dipastikan sama ada akan ada penangkapan lain selepas ini berkaitan perkara tersebut.

Pada 25 Oktober lalu, PKR Sarawak membuat laporan kepada SPRM berhubung isu itu setelah bantahan yang dibuat tidak dihiraukan dalam pemilihan parti berkenaan.

Menurut Setiausaha PKR Sarawak, Nicholas Bawin, laporan tersebut terpaksa dibuat berikutan tiada tindakan susulan diambil oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sebelum ini, PKR Sarawak mengemukakan aduan berhubung kejanggalan keanggotaan di PKR Cabang Julau yang jumlah ahlinya bertambah kepada lebih 13,000 daripada 603 pada Jun lalu, satu hari menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Bagaimanapun, Saifuddin memaklumkan aduan pertambahan mendadak ahli PKR itu dipertanggungjawabkan kepada penyandang jawatan naib presiden parti, iaitu Dr Xavier Jayakumar.

Sumber SPRM juga mengesahkan telah pergi ke ibu pejabat PKR semalam bagi menyiasat perkara itu. #sumber


Demikianlah Artikel Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR !

Sekianlah artikel Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/ahli-bertambah-mendadak-sprm-tahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli Bertambah Mendadak, SPRM Tahan Ketua Cabang PKR !"

Catat Ulasan

Loading...