Loading...
Judul : Guru Besa, Dua Guru Terlibat Rasuah Di Tahan Reman Tiga Hari
link : Guru Besa, Dua Guru Terlibat Rasuah Di Tahan Reman Tiga Hari
Guru Besa, Dua Guru Terlibat Rasuah Di Tahan Reman Tiga Hari
KLANG - Tiga guru termasuk seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran di sini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 bagi menyokong pertukaran guru.
Perintah tahanan reman yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Klang, Azimah Mohd. Yusof selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berusia 35, 41 dan 52 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, Pelabuhan Klang dekat sini kira-kira pukul 3.25 petang semalam.
Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek meminta dan menerima wang suapan daripada pengadu yang juga seorang guru berjumlah RM5,000.
"Ia sebagai balasan bagi meminta guru besar sekolah berkenaan untuk menyokong permohonan pengadu yang mahu bertukar ke sekolah lain," katanya.
Tambah sumber itu lagi, ketika penahanan ketiga-tiga individu itu dibuat, pihaknya turut menyita wang tunai berjumlah RM5,000 di lokasi kejadian.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, penahanan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. #sumber
Demikianlah Artikel Guru Besa, Dua Guru Terlibat Rasuah Di Tahan Reman Tiga Hari
Sekianlah artikel Guru Besa, Dua Guru Terlibat Rasuah Di Tahan Reman Tiga Hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru Besa, Dua Guru Terlibat Rasuah Di Tahan Reman Tiga Hari dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/guru-besa-dua-guru-terlibat-rasuah-di.html

0 Response to "Guru Besa, Dua Guru Terlibat Rasuah Di Tahan Reman Tiga Hari"
Catat Ulasan