Loading...

Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini

Loading...
Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini
link : Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini

Baca juga


Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini


SHAH ALAM - Kerajaan akan membentangkan kertas putih pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang 'curang' dan tidak bertanggungjawab, Disember ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Mohamed Azmin berkata kertas itu dibentangkan berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang yang melampaui batas iaitu melebihi RM8 bilion. 

Kertas Putih lazimnya dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, yang sesi persidangannya kali ini berlangsung sehingga 11 Dis. 

Mohamed Azmin berkata permasalahan peneroka FELDA menjadi agenda utama Kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan mereka tidak terus menanggung bebanan kos sara hidup terlalu tinggi. 

"Ada perwakilan bangkitkan soal FELDA, saya mewakili parti Keadilan dan kerajaan menegaskan masalah peneroka FELDA menjadi agenda utama kerajaan hari ini demi membela nasib mereka," katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-13 di sini hari ini. 

Selain itu, katanya pembangunan di negeri-negeri yang ketinggalan juga menjadi fokus kerajaan tidak kira negeri berkenaan di bawah kerajaan PH atau pembangkang. 

"Saudara Rafizi (Mohd Rafizi Ramli) ada ingatkan supaya negeri-negeri yang ketinggalan diberi perhatian. Dalam menggubal kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11, setelah berbincang kita setuju enam negeri diberi keutamaan. KIita juga bersetuju Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam pembangunan negara," katanya. 

Mohamed Azmin melahirkan keyakinan PH akan merampas Sarawak daripada kerajaan BN pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Kali terakhir pilihan raya negeri Sarawak adalah pada Mei 2016. 

"Di Sarawak kami akan hadapi ujian dalam pilihan raya negeri dalam masa terdekat. Pastikan kerja kuat angkat martabat Keadilan di negeri dan daerah, jaga mereka, santuni mereka. Ayuh kita berkampung di Sarawak, kalau kita boleh memang di Sabah, menang di Johor, menang di Melaka, saya yakin kita boleh menang di Sarawak," katanya.

Menyentuh agenda reformasi, Mohamed Azmin menegaskan agenda reformasi dalam PKR bukan sekadar slogan jalanan lagi sebaliknya perlu diterjemahkan dalam tindakan dan agenda kerajaan yang mentadbir negara.

"Ia amanah saya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, kita memastikan agenda reformasi, manifesto kerajaan PH kita muatkan dalam kajian separuh penggal, boleh teliti dokumen tersebut. Alhamdulilah," katanya. 

Sementara itu, pemimpin juga diingatkan tidak tunduk pada tekanan sekelompok kecil yang membangkitkan isu lain yang bukan menjadi agenda kerajaan. 

"Jangan kita tunduk kuasa-kuasa besar nak ajar kita, dalam isu ICERD, kita nak beritahu kita tak perlu tergesa-gesa meratifikasi kerana dalam Keadilan kita lebih awal ambil tindakan supaya semua kaum mendapat kesaksamaan keadilan ekonomi dalam negara ini," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini

Sekianlah artikel Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/azmin-kertas-putih-pengurusan-felda-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin: Kertas Putih Pengurusan Felda Di Bentang Disember Ini"

Catat Ulasan

Loading...