Loading...

Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh

Loading...
Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh
link : Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh

Baca juga


Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh


KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dan Lebuh Raya Kuala Lumpuk-Karak, Anih Berhad meningkatkan rondaan pada musim tengkujuh sebagai langkah berwaspada terhadap bencana. 

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata rondaan itu bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku seperti banjir yang boleh mendatangkan risiko kepada pengguna yang melalui lebuh raya itu. 

"Pihak konsesi ini juga sudah mengenal pasti kawasan yang berisiko dinaiki air pada musim tengkujuh berdasarkan pengalaman lalu dan rondaan sudah pasti akan lebih tertumpu di kawasan tersebut. 

"Kekerapan yang lebih banyak pada musim tengkujuh juga membolehkan maklumat real time disampaikan kepada pusat operasi dan diuar-uarkan kepada pengguna," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Timur dan LPT1 di Plaza Tol Kuantan di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LLM Datuk Mohd Shuhaimi Hassan dan Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein. 


Baru berkata selain maklumat daripada peronda, maklumat berkaitan bencana akibat musim tengkujuh juga diperoleh menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya. 

"LLM juga mempunyai trafic management centre yang menerima maklumat daripada seluruh lebuh raya dan ini juga menjadi satu medium penyebaran maklumat banjir. 

"Jika berlaku banjir, pihak konsesi telah mempunyai crisis team untuk menghadapinya, dengan dibantu agensi atau jabatan lain yang terlibat," katanya. 

Baru menambah, beliau juga mengalu-alukan penyebaran maklumat berkaitan bencana daripada orang awam yang boleh berbuat demikian menerusi laman sosial LLM atau syarikat konsesi. #sumber


Demikianlah Artikel Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh

Sekianlah artikel Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/baru-bian-anih-berhad-tingkat-rondaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Baru Bian: Anih Berhad Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh"

Catat Ulasan

Loading...