Loading...

Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak !

Loading...
Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak !
link : Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak !

Baca juga


Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak !


PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR menerusi pusingan kedua pemilihan di Sarawak hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Azmin menang semua 7 bahagian di Sarawak – Mambong, Sri Aman, Stampin, Sarikei, Petra Jaya, Santubong dan Sibu – dengan kelebihan 785 undi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mendapat 1,162 undi berbanding 377 undi diraih Rafizi.

Berdasarkan maklumat diterima, kurang 50% ahli PKR Sarawak keluar mengundi setakat 2 petang tadi.

Dalam fasa pertama pemilihan di Sarawak semalam, Azmin menang 16 daripada 22 bahagian dengan kelebihan 1,350 undi, tetapi keputusan pemilihan di PKR Bahagian Julau digantung akibat “serangan siber” yang menyebabkan 4 tablet sistem e-undi digodam perisian intip semalam.

Azmin memperolehi 2,858 undi, sementara Rafizi meraih 1,508 undi dalam proses pengundian fasa pertama itu.

Selepas fasa kedua pemilihan hari ini, Azmin menang 23 bahagian di Sarawak, sementara Rafizi hanya menang di 5 bahagian – Serian, Kapit, Sibuti, Miri dan Limbang.

Keputusan tidak rasmi di Sarawak menunjukkan Azmin memperoleh 4,020 undi, sementara Rafizi meraih 1,885 undi selepas 2 fasa pemilihan.

Keputusan tidak rasmi di seluruh negara pula menyaksikan Azmin mendahului dengan majoriti 5,137 undi. Beliau mendapat 64,973 undi, manakala Rafizi meraih 59,836 undi setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din hari ini dilaporkan berkata, pihaknya belum memutuskan jika pemilihan semula akan diadakan di Julau.

Azmin menang di Kuala Selangor

Sementara itu, pemilihan semula di Kuala Selangor hari ini menyaksikan Azmin menang dengan 982 undi, sementara Rafizi memperoleh 389 undi.

Ini menjadikan undi diperolehi Azmin di semua 22 bahagian di Selangor berjumlah 19,435 undi, manakala Rafizi mendapat 15,434 undi.

Azmin mendapat sokongan di 16 bahagian di Selangor – Gombak, Ampang, Pandan, PJ Utara, PJ Selatan, Subang, Shah Alam, Kota Raja, Sepang, Serdang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sabak Bernam dan Sungai Besar.

Rafizi pula menang di 6 bahagian, iaitu Selayang, Kelana Jaya, Puchong, Klang, Kapar dan Hulu Selangor. #sumber


Demikianlah Artikel Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak !

Sekianlah artikel Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/pemilihan-pkr-azmin-tali-ewaskan-rafizi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemilihan PKR: Azmin TAli ewaskan Rafizi Ramli Di Sarawak !"

Catat Ulasan

Loading...