Loading...

PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu

Loading...
PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu
link : PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu

Baca juga


PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu


PETALING JAYA: PPBM hari ini menafikan pemimpin gerakan baju merah, Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, ialah ahli parti itu.

Sumber PPBM berkata, mereka belum meluluskan permohonan keahliannya.

“Beliau hanya menghantar borang permohonan, tetapi belum diluluskan keahliannya,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, bekas anggota tentera yang pernah menyertai “senaman punggung” pada 2012 di luar rumah Pengerusi Bersih ketika itu, Datuk S Ambiga, itu dilaporkan berkata, beliau hilang kepercayaan terhadap Umno susulan dakwaan skandal rasuah dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin parti itu.

Ali dilaporkan berjanji tidak akan mencetuskan huru-hara atau provokasi dalam PPBM.

“Macam saya kata tadi, apabila berhijrah kena relaks dahulu kerana banyak benda berubah. Apa yang kepimpinan PPBM buat, kita kena ikut, tidak boleh tidak ikut.

“Saya hanya pengikut, bukannya hendak sebarang jawatan parti, bahkan tidak ada bayaran langsung. Saya ingat pesanan Tun Dr Mahathir Mohamad, nak masuk PPBM kena berubah.” #sumber


Demikianlah Artikel PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu

Sekianlah artikel PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/ppbm-menafikan-bahawa-ali-tinju.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPBM Menafikan Bahawa Ali Tinju Diterima Sebagai ahli Parti Itu"

Catat Ulasan

Loading...