Loading...

Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman

Loading...
Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman
link : Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman

Baca juga


Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman


SUBANG JAYA - Sebanyak 18 kenderaan terbakar dalam satu rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini awal pagi tadi.

Rusuhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku di antara dua kumpulan kira-kira pukul 2 pagi tadi berhubung isu perpindahan tapak kuil berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kejadian itu berpunca daripada pertikaman lidah di antara dua kumpulan berhubung arahan memindahkan kuil tersebut yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini.

"Kekecohan berlaku di antara sekumpulan 50 lelaki yang berada dalam pekarangan kuil tersebut dengan sekumpulan lagi lelaki yang berada di luar kuil.



“Sebanyak 18 kenderaan termasuk dua motosikal terbakar manakala sebuah kereta peronda polis turut dibaling batu oleh perusuh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.

Menurut Mazlan, dua lelaki berusia lingkungan 30-an telah ditahan selepas dipercayai terlibat dalam rusuhan tersebut.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di Hospital Serdang ketika menjalani rawatan akibat kecederaan dialami sewaktu rusuhan berlaku.

“Kita juga telah menempatkan sebanyak lebih 700 pegawai dan anggota termasuk dari pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk bersedia di kawasan kuil itu.

“Buat masa ini, keadaan terkawal dan kita minta semua pihak bertenang serta jangan timbulkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan, bagi kita siasat dulu,” ujarnya. #sumber


Demikianlah Artikel Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman

Sekianlah artikel Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/rusuhan-18-kenderaan-terbakar-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rusuhan: 18 Kenderaan Terbakar, Tak Libatkan Isu Perkauman"

Catat Ulasan

Loading...