Loading...
Judul : Semua Pemandu 'e-hailing' Wajib Daftar Lesen PSV Mulai 2019
link : Semua Pemandu 'e-hailing' Wajib Daftar Lesen PSV Mulai 2019
Semua Pemandu 'e-hailing' Wajib Daftar Lesen PSV Mulai 2019
KUALA LUMPUR - Semua pemandu perkhidmatan 'e-hailing' mesti membuat pendaftaran lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) seperti pemandu teksi lain mulai Januari tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk menyelesaikan pendaftaran lesen PSV mereka termasuk mengikuti kursus PSV.
"Peraturan ‘e-hailing’ ini telah pun digazetkan. Pendaftaran untuk pemandu ini akan bermula Januari hingga Julai 2019.
"Tarikh 12 Julai 2019, kita mula kuatkuasakan peraturan baharu itu kerana itu ialah tempoh yang kita beri, maksudnya menjelang 12 Julai semua pemandu 'e-hailing' mesti ada pendaftaran dan lesen PSV, insurans dan kenderaan yang melebihi tiga tahun perlu buat pemeriksaan kenderaan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Terdahulu, Anthony mengadakan pertemuan dengan Penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail di Bangunan Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.
Shamsubahrin dilaporkan berkata, pemandu teksi syarikat itu tidak akan mengadakan bantahan terhadap Kementerian Pengangkutan sehingga 1 Januari 2019 susulan Anthony memberi jaminan setiap pemandu 'e-hailing' tidak terkecuali membuat pendaftaran lesen PSV sama seperti pemandu teksi mulai awal tahun depan.
Sementara itu, Anthony menasihati pemandu 'e-hailing' agar tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar lesen PSV mereka.
Katanya, buat masa ini pendaftaran lesen pengendali untuk syarikat yang mahu melaksanakan perkhidmatan 'e-hailing' masih berjalan setelah mereka diberi tempoh berbuat demikian sejak Julai lepas.
Beliau yakin lebih banyak syarikat akan beralih kepada perkhidmatan tersebut memandangkan ia mempunyai pasaran yang lebih luas. #sumber
Demikianlah Artikel Semua Pemandu 'e-hailing' Wajib Daftar Lesen PSV Mulai 2019
Sekianlah artikel Semua Pemandu 'e-hailing' Wajib Daftar Lesen PSV Mulai 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Semua Pemandu 'e-hailing' Wajib Daftar Lesen PSV Mulai 2019 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/semua-pemandu-e-hailing-wajib-daftar.html
0 Response to "Semua Pemandu 'e-hailing' Wajib Daftar Lesen PSV Mulai 2019"
Catat Ulasan