Loading...
Judul : Rusuhan Di Kuil: 17 Lelaki Di Tahan Bagi Membantu Siasatan !
link : Rusuhan Di Kuil: 17 Lelaki Di Tahan Bagi Membantu Siasatan !
Rusuhan Di Kuil: 17 Lelaki Di Tahan Bagi Membantu Siasatan !
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka termasuk enam daripadanya yang cedera selepas terlibat dalam rusuhan tersebut.
Katanya, turut dirampas adalah senjata yang dipercayai digunakan semasa merusuh iaitu masing-masing dua bagi bilah pedang, batang paip getah dan kayu.
"Seorang anggota polis berpangkat Koperal dari Ibu Pejabat Polis Subang Jaya turut mengalami patah tangan akibat insiden tersebut.
"Kita akan memohon kebenaran perintah reman terhadap 17 lelaki yang ditangkap itu esok," katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini sebentar tadi.
Beliau menambah, polis juga telah mengenalpasti dalang-dalang terlibat dalam rusuhan tersebut dan yakin akan dapat menangkap mereka dalam masa terdekat.
Ujarnya, berdasarkan siasatan usaha pemindahan kuil itu telah dilakukan sebanyak tiga kali sebelum ini namun gagal.
"Setakat ini, sebanyak 29 laporan polis telah diterima berhubung kes rusuhan itu," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Fuzi menafikan dakwaan kelewatan pihak polis tiba di lokasi kejadian bagi menyuraikan rusuhan tersebut.
"Kita menerima panggilan kecemasan pukul 2.40 pagi sebelum empat Kereta Polis Peronda (MPV) dan beberapa Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selang 10 minit kemudian.
"Namun, didapati terdapat 50 lelaki yang didalangi pihak tertentu dan atas tujuan keselamatan kemudiannya seramai 700 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerahkan ke lokasi kejadian pukul 5 pagi," jelasnya.
Terdahulu, dalam kejadian rusuhan pukul 2 pagi itu sebanyak 18 kenderaan termasuk dua motosikal terbakar manakala sebuah kereta peronda polis turut dibaling batu oleh perusuh.
Insiden itu berpunca daripada pertikaman lidah di antara dua kumpulan berhubung arahan memindahkan kuil tersebut yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini. #sumber
Demikianlah Artikel Rusuhan Di Kuil: 17 Lelaki Di Tahan Bagi Membantu Siasatan !
Sekianlah artikel Rusuhan Di Kuil: 17 Lelaki Di Tahan Bagi Membantu Siasatan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rusuhan Di Kuil: 17 Lelaki Di Tahan Bagi Membantu Siasatan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/rusuhan-di-kuil-17-lelaki-di-tahan-bagi.html
0 Response to "Rusuhan Di Kuil: 17 Lelaki Di Tahan Bagi Membantu Siasatan !"
Catat Ulasan