Loading...
Judul : Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar UMNO Kerana Kewangan !
link : Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar UMNO Kerana Kewangan !
Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar UMNO Kerana Kewangan !
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa UMNO tidak menolak kemungkinan ahli Parlimen di Sabah berhasrat meninggalkan parti itu disebabkan masalah kewangan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan khabar angin mendakwa 4 pemimpin UMNO Sabah akan keluar parti, tetapi mengakui mesyuarat dengan ahli Jawatankuasa UMNO Sabah dan ketua bahagian minggu lalu memberi gambaran berhubung masalah yang dihadapi parti itu di sana.
“Apa yang saya dapat selami, mereka mahu berada bersama yang berkuasa kerana pelbagai perkara termasuk peruntukan kewangan.
“Bila cakap soal kewangan, kita terpaksa terus-terang, kita tidak ada wang, malah semua akaun kita telah dibekukan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas dakwaan wujud cubaan membubarkan UMNO Sabah hari ini dengan 4 ahli Parlimennya dijangka meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas menyokong kerajaan persekutuan.
Empat wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Edris dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee.
Annuar berkata, apa sahaja keputusan dibuat pemimpin Sabah itu adalah keputusan peribadi mereka dan masa depan UMNO Sabah akan ditentukan Majlis Tertinggi parti itu.
“Kita faham, kalau di Sabah nak berulang alik ke Kuala Lumpur pun tidak murah dan rakyat setempat mahukan pembangunan, mahukan projek. Ia berbeza dengan keadaan kita di sini.
“Kita berilah Sabah peluang untuk menentukan…tapi saya dah dapat jaminan daripada majoriti pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya orang muda, mereka mahu Umno diteruskan.” #sumber
Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar UMNO Kerana Kewangan !
Sekianlah artikel Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar UMNO Kerana Kewangan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar UMNO Kerana Kewangan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/ahli-parlimen-sabah-mungkin-keluar-umno.html
0 Response to "Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar UMNO Kerana Kewangan !"
Catat Ulasan